Raul: Remaja Atletico Yang Menjadi Lagenda Real

Raul hampir memecahkan semua rekod ketika bersama Real Madrid dan sentiasa diingati sebagai seorang penyerang hebat di Bernabeu.

Dilahirkan pada tahun 1977, Raul dibesarkan di San Cristobal de Los Angeles, sebuah kawasan di Madrid.

Ayahnya seorang penyokong tegar Atletico Madrid. Dia menghantar anaknya menyertai skuad remaja Rojiblancos.

Raul segera mendapat tempat dan tampil sebanyak 308 kali berserta 65 gol-rekod kelab. Atletico mengalami masalah kewangan dan terpaksa menjual Raul ke kelab pesaing, Real Madrid.

Pada tahun 1994 Raul diletakkan ke dalam skuad C. Dia cepat membuktikan dirinya mempunyai kualiti lebih baik berbanding rakan sepasukan.

Raul menjaringkan 16 dalam hanya 7 perlawanan.

Pada usia 17 tahun, Raul membuat kemunculan pertama bersama skuad utama di bawah pengurusan Jorge Valdano.

Raul menjaringkan gol pertama bersama skuad itu di perlawanan ke-2 peribadinya, ketika menentang bekas pasukannya Atletico Madrid.

Penyerang muda itu mengumpul 9 gol pada musim pertamanya dan ketika itu ‘seorang bintang masa depan sedang dilahirkan’.

Pada musim sebelum-sebelumnya, Bernabeu merupakan tempat yang sering melahirkan lagenda.

Kehadiran Fabio Capello pada musim 1996/97 memberi peluang kepada Raul menjulang gelaran La Liga ke-2 peribadinya.

Dia menamatkan musim dengan 21 gol dalam 42 perlawanan dan dipilih menjadi pemain terbaik tahunan.

Real Madrid menjuarai Champions League ke-7 dalam sejarah kelab ini, diikuti dengan kejuaraan Intercontinental Cup (kini World Clup Cup) menewaskan Vasco de Gama dimana Raul menjaringkan gol yang dianggap terbaik dalam kariernya.

Pada 23 Mei 1999, Raul muncul sebagai pemain paling muda dalam sejarah mengumpul 100 gol di La Liga.

Pada tahun itu juga dia berjaya merangkul Pichici trophy (anugerah kasut emas) apabila mengumpul 25 gol.

Setahun kemudian dia memenangi gelaran Champions League, mencetak 10 gol dan menang anugerah pemain terbaik pertandingan.

Musim 2000 menyaksikan permulaan era Galaticos dibawah pemain Zinedine Zidane dan Ronaldo. Walaupun mereka mempunyai Ronaldo, Raul sekali lagi mengungguli carta penjaring terbanyak kelab.

Raul memenangi kejuaraan ke-3 Champions League pada tahun 2003 apabila menewaskan Bayer Leverkusen.

2002/03 dianggap musim terbaik dalam kariernya apabila berjaya memenangi European Super Cup, Intercontinental Cup dan menjaringkan gol ke-200 peribadi.

Seterusnya pemain ini menghadiahkan gelaran La Liga ke-29 untuk Real Madrid. Dia menamatkan musim dengan 16 gol dan 11 bantuan.

Tidak lupa pada musim itu juga dia menjadi kapten termuda kelab pada usia 26 tahun.

Kejuaraan La Liga ke-30 Real Madrid muncul pada tahun 2007, iaitu setahun selepas Raul mencetak gol peribadi yang ke-300 bersama kelab itu.

Tidak lama kemudian dia mengatasi rekod yang dipegang oleh Di Stefano.

Pada tahun 2010, Raul mengucapkan selamat tinggal kepada camiceta blanca selepas membuat 550 penampilan La Liga dan menjaringkan 228 gol.

Raul menyertai Schalke 04 dengan kontrak 2 tahun dengan tujuan menewaskan rekod Fillipo Inzaghi -penjaring terbanyak pertandigan UEFA- yang berada di AC Milan.

Bersama Schalke, dia bermain sebanyak 66 kali dan mengumpul 28 gol. Raul menamatkan kariernya di eropah sebagai penjaring terbanyak pertandingan UEFA dengan 74 gol.

Di penghujung karier Raul bermain di Amerika menyertai kelab divisyen 2, New York Cosmos. Dia kemudiannya dilantik menjadi penolong pengurus.

Pengalaman sebagai pengurus itu dibawa semula ke Real Madrid apabila diberi peranan mengurus pasukan remaja dan Real Madrid Castilla.