Raya Ketuai Senarai Perebutan Sarung Tangan Emas, Onana Cucuk Rapat

Barisan serangan The Gunners menghiasi topik perbincangan di media sosial sepanjang minggu ini. Ini selepas Arsenal mencipta sejarah buat pertama kali menjaringkan 5 gola atau lebih di tempat lawan dalam 2 perlawanan berturut turut.

Namun di belakang gawang Arsenal, David Raya turut mencipta rekod yang cemerlang.

Kini dia menambah jumlah clean sheet dalam data statistik peribadinya.

Berikut adalah 3 penjaga gol EPL yang dengan nilai clean sheet tertinggi selepas 25 perlawanan.

1. David Raya dan Jordan Pickford – 8

David Raya dari Arsenal dan Pickford dari Everton kini berkongsi jumlah clean sheet tertinggi setakat ini dalam proses perebutan sarung tangan emas EPL.

Raya tidak bolos dalam aksi terakhir Arsenal ketika menang 5-0 ke atas Burnley dan 6-0 menang ke atas West Ham. Dalam dua perlawanan itu Arsenal dengan agregat 11-0.

Jelas sekali David Raya sedang membalas kepercayaan Mikel Arteta kepadanya. Dia masih berstatus pinjaman namun prestasi semasanya pasti membuatkan Arsenal sedang menyediakan kontrak tetap untuknya.

Pickford seharusnya diberikan perhatian kerana dia antara individu penting membantu Everton cuba mengelak zon penyingkiran terutama sekali selepas mereka dipotong 10 mata sebelum ini.

Prestasi cemerlangnya mengukuhkan tempatnya sebagai penjaga gol no.1 England di Euro akan datang. Dengan kecederaan dialami Nick Pope dan kemudian Aaron Ramsdale pula sekadar memanaskan bangku simpanan di Arsenal.

3. Alisson Becker dan Andre Onana – 7

Alisson Becker adalah antara satu sebab penting kenapa The Reds berada di puncak liga selepas 25 perlawanan. Alisson masih lagi menjadi antara penjaga gol elit di Eropah.

Alisson telah merekodkan tujuh perlawanan tanpa bolos untuk Liverpool musim ini, dengan kemenangan ke atas Aston Villa (3-0), Everton (2-0), Nottingham Forest (3-0), Brentford (3-0), Manchester United (0-0). ), Burnley (2-0), dan Bournemouth (4-0).

Alisson seperti seorang YB

Berkongsi tempat dengan Alisson Becker ialah Andre Onana. Di mana penjaga gol Man United itu berjaya meyakinkan kembali peminat di Old Trafford dengan keupayaannya selepas pemulaan agak sukar secara individu musim ini.

Onana merupakan penjaga gol terbaik UCL musim lalu. Dan dia yakin bahawa dia masih penjaga gol berkelas dunia walaupun sedang berdepan sedikit kesukaran dalam kariernya di Old Trafford.

BUKAN ONANA NI TAU