KUALA LUMPUR, 9 Dis — Pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa pengurusan pasukan itu meminggirkan bakat pelumba tempatan.
Mengambil contoh pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi, prinsipal pasukan Datuk Razlan Razali berkata banyak peluang diberikan kepada pelumba berusia 22 tahun itu, namun beliau gagal menjelmakan keputusan positif sepanjang dua musim bersama pasukan berkenaan sejak musim lepas.
“Saya sedar dan tahu ramai netizen kecam keputusan saya (tidak menyambung kontrak) Khairul Idham Pawi. Kita turunkan dia ke Moto3 (dari Moto2) sebab kecederaan yang dialami semasa Moto2 supaya boleh buat yang terbaik.
“Pada awalnya kita sasar kedudukan 15 terbaik atau cuba kutip mata pada setiap perlumbaan, tapi dia cedera, dan apabila dia sembuh kita beri dia masa untuk raih keputusan positif dan melakukan yang terbaik pada perlumbaan berikutnya. Kita suruh dapatkan sekurang-kurangnya kedudukan 20 terbaik, tapi tidak capai sasaran,” tegas Razlan kepada Bernama, hari ini.
Dalam pada itu, Razlan berkata pengurusan pasukan berkenaan tidak berhasrat menggunakan khidmat pelumba tempatan bagi saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).
Petronas Yamaha SRT nafi pinggirkan pelumba Malaysia https://t.co/0tEEc8lBkl
— #TeamMALAYSIA (@AtletMalaysia) December 10, 2020
Beliau menegaskan pasukan itu hanya akan kembali membuka peluang kepada pelumba tempatan sekiranya mereka mencapai prestasi cemerlang dalam beberapa perlumbaan termasuk Kejuaraan FIM CEV Eropah yang merupakan landasan kepada pasukan MotoGP mendapatkan pelumba terbaik bagi pasukan masing-masing.
“Kita ada pelapis yang sedang dibangunkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC), tapi mereka belum bersedia untuk tahun depan. Kita tidak mahu sekadar letak pelumba Malaysia, selepas itu jadi macam Khairul Idham. Netizen suruh letak pelumba Malaysia, bila dia gagal, kita pula kena kecam,” katanya.
Baru-baru ini, Khairul Idham Pawi yang lebih mesra dengan panggilan Super KIP membuat keputusan mengejutkan apabila mengumumkan persaraan daripada sukan permotoran.
Beliau gagal meraih sebarang mata dalam 13 perlumbaan Moto3 yang disertai pada musim ini bersama pasukan Petronas Sprinta Racing di bawah pengurusan Petronas Yamaha SRT.
Pelumba itu pernah melakar sejarah pada 2016 bersama Honda Team Asia apabila meraih dua kemenangan menakjubkan di trek basah dalam saingan GP Argentina dan Jerman, ketika berusia 18 tahun, sekali gus membolehkan beliau dinaikkan ke kelas Moto2 pada 2017.
— BERNAMA
Superkip Umum persaraan
Koresponden Nadi Arena, Adam Zamri melaporkan bahawa pelumba motosikal negara, Khairul Idham Pawi bersara daripada sukan permotoran.
Menurut Adam: “Pelumba motorsikal negara, Khairul Idham Pawi umumkan persaraan dari arena permotoran.”
“Rekod Superkip masih kekal menjadi satu satunya pelumba Malaysia raih nombor satu di GP Argentina dan Jerman dalam saingan Moto3 pada 2016.”
Bercakap kepada Nadi Arena, Superkip berkata dia melihat situasi semasa tidak membantunya untuk terus meningkat.
Apabila saya melihat beberapa perkara yang saya rasa tidak akan boleh meningkat, saya berfikir untuk bersara.
“Kerana apa yang memainkan sebenarnya adalah orang di sekeliling kita,” jelas Superkip.
Khairul Idham menyatakan ia keputusan berat, namun harus membuat keputusan untuk mencari perkara yang boleh menggembirakannya.
“Sekarang saya mahu melupakan perlumbaan dan melakukan perkara yang boleh membuatkan saya gembir,” kata Khairul Idham Pawi kepada Nadi Arena.
Beliau tidak akan melupakan kejayaannya menjuarai dua pusingan dalam persaingan Moto3.
“Saya gembira dengan diri saya. Apapun yang saya buat selepas ini,saya tetap gembira kerana ia sudah cukup menggembirakan.”
Khairul Idham umum bersara daripada sukan permotoran
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 7, 2020
Khairul Idham Pawi dianggap prospek berharga negara pada satu ketika dahulu. Ini selepas prestasi cemerlangnya dalam kelas Moto3.
Khairul Idham Pawi secara rasminya telah mengumumkan persaraan dari sukan permotoran. 😱
Terkejut pun ada ni. Sebab bekas rider #Moto3 negara kita ini masih muda, 22 tahun baru. 😔 #KembaliTeguh #KitaJagaKita #JENDELA #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/LgdnNwJhR6
— Team Malaysia (@TeamMsia) December 7, 2020
Demi menyelamatkan kerjayanya, Khairul Idham Pawi pernah nekad memotong jari kelingkingnya.
Ia dianggap satu pengorbanan terbesar beliau kepada negara dan dedikasinya kepada sukan yang dicintainya
Khairul mengalami kecederaan di jari sama ketika Grand Prix (GP) Republik Czech.
Khairul turut mengalami kecederaan serius ketika menyertai saingan kelas Moto2 di sesi latihan bebas dalam GP Sepanyol pada 2019.
Beliau melakukan dua pembedahan susulan dan terpaksa disisihkan untuk baki saingan musim 2019.
Ketika itu Superkip berkata:
“Saya okey selepas pembedahan dan (keadaan) jari saya daripada tahun lalu, tak boleh bengkok kerana ada skru. Saya jatuh di Brno (GP Republik Czech), jari saya retak, jadi saya tak ada pilihan bagi masa depan.”
Disaster!
Malaysian rider Khairul Idham Pawi and Italy's Davide Pizzoli suffer heavy crash in Q1 of qualifying! 😮#MotoGP #MotoMad #CzechGP #Moto3 pic.twitter.com/8JuF26DDAg
— FOX Sports Asia (@FOXSportsAsia) August 8, 2020
“Bagi saya, sekiranya saya mengekalkan jari ini, kalau terjatuh atau berlaku apa-apa, agak mudah untuk ia kembali patah. Apapun, saya sudah berbincang dengan pasukan sebelum membuat keputusan ini.”
“Memang satu keputusan sukar untuk memotong jari saya tetapi demi masa depan, saya cuba yang terbaik bagi meningkatkan lagi keserasian (ketika menunggang).”
Menurut Khairul, jarinya itu tidak boleh dibengkokkan kerana mempunyai skru.
Namun masa depannya terus tergantung apabila tidak dapat kontrak baharu daripada Petronas Sprinta Moto3.
News: PETRONAS Sprinta Racing and Khairul Idham Pawi to part ways
KIP to leave the Malaysian squad at the end of 2020 after two seasons together
Read more here: https://t.co/kPqWfgFrse#PETRONASmotorsports | #SepangRacingTeam | #MotoGP | #KIP89 | #Moto3 pic.twitter.com/jhKSMc74AZ
— PETRONAS SRT (@sepangracing) October 20, 2020
Lalu beliau memutuskan untuk bersara.
Tetapi siapa akan lupa detik Khairul Idham Pawi membuatkan bendera Malaysia berkibar dan lagu Negaraku berkumandang di pentas Moto3.
Hayatilah:
Since it’s Merdeka Day today, let’s take a look back at a proud moment for our country.
Negaraku 🇲🇾 being played for the first on a MotoGP world championship podium in the Moto3 category after our boy Khairul Idham Pawi a.k.a Super KIP won a phenomenal race in Argentina pic.twitter.com/lh8cpWEi7N
— jai (@SantaiJai) August 30, 2020