Razor Ramon Meninggal Dunia Pada Usia 63 Tahun, Kevin Nash Meratapi Pemergian Sahabat Baiknya

Scott Hall, ahli gusti profesional yang berada dalam senarai dewan kemasyhuran / hall of fame WWE dengan nama pentasnya, Razor Ramon, telah meninggal dunia pada hari Isnin pada usia 63 tahun.

Scott Hall mengalami tiga serangan jantung pada hujung minggu dan diletakkan dalam rawatan kritikal dengan alat bantuan sokongan nyawa. Namun kemudian, keluarganya memilih untuk mematikan bantuan sokongan tersebut dan Hall meninggal dunia tidak lama kemudian.

Hall mula bergusti pada tahun 1984 tetapi menjadi terkenal selepas menandatangani kontrak dengan WWE pada tahun 1992, menggunakan nama Razor Ramon.

Wataknya, berdasarkan watak Tony Montana dalam filem Scarface pada tahun 1983, adalah seorang lelaki Amerika Cuba yang jahat.

Namun tidak lama kemudian, watak Razor Ramon menjadi begitu popular di kalangan peminat dia bertukar menjadi seorang lelaki yang baik. Perlawanan tangga (ladder) menentang Shawn Michaels di Wrestlemania X seringkali dianggap sebagai salah satu perlawanan gusti profesional terhebat sepanjang zaman.

Tetapi impak terbesar Hall dirasai dalam WCW, saingan kepada WWE. Perpindahannya ke sana pada 1996 menandakan permulaan pertempuran “Monday Night Wars” antara dua gergasi gusti iaitu WWE dan WCW.

Pertukaran francais oleh Hall, bersama rakan ahli gusti profesional Kevin Nash, telah memberikan publisiti besar kepada WCW ketika itu yang mulai menarik ramai peminat mereka tersendiri.

Razor Ramon, Nash dan Hulk Hogan pernah membuat pakatan yang dipanggil NWO, atau New World Order, adalah salah satu jalan cerita yang paling diingati dan berpengaruh dalam sejarah gusti profesional, menolak banyak batas sempadan yang mungkin dalam rancangan gusti yang disiarkan di televisyen.

Ramai rakan rakan gusti Razor Ramon dan juga penggusti era baharu memberikan penghormatan terakhir kepada legenda itu.

Antaranya ialah Kevin Nash yang menjadi sahabat baik mendiang sehingga ke tua. Kevin Nash sangat terkesan dengan pemergian Razor Ramon. Dan menganggap dia tak akan bertemu lagi dengan manusia sebaik Razor Ramon di dalam hidupnya.

Kevin Nash berkata menerusi muat naik IG beliau: “Scott [Hall] hidup dengan alat bantuan sokongan nyawa. Ketika keluarganya memutuskan untuk tidak meneruskan bantuan sokongan nyawa tersebut, bermakna saya ajan kehilangan salah seorang manusia di planet ini yang saya meluangkan masa bersama lebih banyak daripada orang lain.”

“Hatiku hancur lukuh, dan saya sangat sangat sedih. Aku sayangkan kamu Scott dengan sepenuh hatiku, kini aku harus sedia untuk menempuhi hidup ini tanpa kehadiran kamu lagi.”

“Saya bertuah kerana ada rakan seperti kamu. Ketika kita melompat ke WCW kita tak peduli sama ada orang akan suka atau bencikan kita. Kita ada satu sama lain bersama dengan Barry Bloom mengubah sama ada konten dan membayar untuknya [menerima kritikan kerana meninggalkan WWE untuk WCW]… ramai sekali tak suka kita masa itu.”

“Kita digelar orang terpinggir, namun kita tetap ada satu sama lain. Scott sentiasa memikirkan bahawa dia tak layak untuk menikmati kehidupannya selepas kematian. Namun tuhan tolong berikan pencungkil gigi bersalut emas untuk saudaraku ini.”

“Dia bukan seorang yang sempurna namun dia sentiasa berkata: ‘Manusia sempurna terakhir di planet ini merek sudah pakukannya pada salib.'”

“Pada masa kita di sini mempersiapkan diri hidup tanpa dia [Razor Ramon], ingatlah bahawa ada seorang insan hebat yang kamu tak akan pernah jumpa lagi manusia sepertinya.”

“Semoga jumpa lagi di jalanan itu Scott. Saya tidak pernah menyayangi manusia lain lebih daripada kamu.

Baca yang lain