Reaksi Guardiola Dengar Peminat EPL Buat Petisyen Halau Haaland Kerana Dia Robot

Satu petisyen dibuat oleh peminat EPL untuk mengeluarkan dan menghalau Haaland dari Liga Inggeris. Ini kerana menurut pembuat petisyen tersebut, Haaland bukan manusia sebaliknya robot.

Jadi adalah tidak adil untuk Haaland bermain menentang manusia biasa.

Pep Guardiola mentertawakan petisyen berbaur gurauan nakal untuk melarang Erling Haaland daripada bermain untuk Manchester City.

Haaland telah memulakan karier yang cemerlang dalam Liga Perdana Inggeris, menjaringkan 14 gol dalam pertandingan itu dalam hanya lapan perlawanan.

Dia sempat meledak 3 hatrik liga hanya dalam 8 perlawanan pertama EPL. Rekod yang sangat luar biasa dan tak mampu tercapai dek akal.

Beberapa peminat pasukan lawan sudah tidak tahan lagi dengan penyerang Norway itu, lalu mencipta petisyen meminta dia dilarang bermain untuk City!

Guardiola berkata ianya satu gurauan yang bagus.

“Ya, ia gurauan. Ia gurauan, ia bagus.”

Hebatnya, Guardiola terus menyatakan bahawa Haaland sebenarnya boleh memperbaiki lagi keserasian atau connection dengan Kevin [De Bruyne], Phil [Foden], Riyad [Mahrez], Jack [Grealish].

“Erling apabila dia menguasai bola dia tahu apa hantaran yang saya suka. Dia boleh meningkatkan setiap bahagian permainannya.”

“Semua orang tahu dia boleh melakukan yang lebih baik. Kita semua boleh meningkat sehingga kita mati.”

Baca yang lain