Reaksi Kelakar Muller Lihat Alphonso Davies Kejar Haaland Dengan Kelajuan 35.3kmj

Alphonso Davies telah menjadi tunggak utama Bayern Munich dalam aksi Der Klassiker semalam. Perlawanan yang mungkin akan menjadi penentu kejuaraan bagi kedua dua pasukan untuk musim ini.

Pertarungan ini turut menemukan dua pasukan yang berada di dua tangga teratas di dalam carta liga. Menjadikannya lebih menarik untuk disaksikan.

Kedua dua pasukan menurunkan penggempur terbaik mereka musim ini iaitu Robert Lewandowski untuk Bayern Munich, dan pemain remaja sensasi, Erling Braut Haaland yang diturunkan oleh Borussia Dortmund.

Pemain muda berusia 19 tahun itu menunjukkan aksi yang cemerlang ketika di atas padang. Membantu pasukannya menang 1-0 di Signal Iduna Park.

Pada satu ketika Alphonso Davies mencatatkan kelajuan yang luar biasa di atas padang.

Di mana menurut data statistik, beliau mencatatkan kelajuan larian 21.9mph (35.3km/j) untuk mengejar balik Erling Braut Haaland.

Reaksi Muller

Thomas Muller sendiri mengibaratkan Alphonso Davies ibarat Roadrunner di atas padang. Dan reaksinya hanya mampu digambarkan dengan bunyi meep meep meep meep.

“Alphonso, yeah dia bermain dengan kerja kerasr dan power, memiliki power yang kuat. Ketika lawan dia merasaka, saya ada masa, kemudian, meep meep meep meep, the roadrunner [pun datang].”

Menurut Muller, walaupun Davies kerap berada di posisi yang tidak tepat di atas padang, namun beliau tetap berjaya menebusnya kerana ada kepantasan yang sangat luar biasa serta pemain yang rajin.

Muller gembira dengan kemenangan ini dan menyatakan Joshua Kimmich berjaya memanipulasi Roman Burki yang tak cukup panjang tangannya.

Di mana penjaga gol itu terpaksa mara ke depan sedikit untuk menutup angle beliau.

Bekas penyerang Man United, Romelu Lukaku pun memuji Davies:

Aksi pecutan Alphonso Davies itu memang luar biasa. Beliau memiliki acceleration yang sangat cepat. Pada masa yang sama memiliki sentuhan yang kemas.

https://twitter.com/i/status/1265366414891909122

Beliau memiliki ketenangan terutama sekali mengambil kira usianya yang muda bermain dalam Der Klassiker. Ingat senang ke nak tapau Erling Haaland yang sudah beberapa langkah di hadapan.

https://twitter.com/i/status/1265332787122442243

Beliau turut mencatatkan statistik yang luar biasa dalam aksi Der Klassiker pada kali ini. Terlibat dalam 95 sentuhan bola, 42 pecutan, 19 duels, 7 recoveries, 5 gelecekan berjaya, 2 bentesan, 2 clearances dan 2 cross.

Bayern Munich menang tipis namun sudah cukup untuk mereka menjarakkan diri 7 mata daripada Borussia Dortmund. Ini mencerahkan lagi peluang Bayern Munich untuk terus mempertahankan lagi kejuaraan Bundesliga.

Borussia Dortmund mempersia-siakan peluang untuk merapatkan jurang mata pada hari ini. Mereka jelas sedar bahawa misi mereka sangat sukar selepas ini.

Meep meep meep meep!

Baca yang lain