Bukayo Saka, pemain remaja yang terus cemerlang musim ini. Beliau merupakan nadi penting pasukan Arsenal di dalam kemenangan besar 4-0 ke atas Newcastle.
Itu merupakan assist kelapan beliau musim ini untuk Arsenal dalam semua kompetisi. Tiada pemain Arsenal lain yang lebih banyak daripada Bukayo Saka.
Bukayo Saka ametoa pasi nyingi zaidi za mabao kuliko mchezaji yeyote wa Arsenal katika michuano yote 2019/20
.
.#BoiplusUpdates
Powered by @GF_Trucks pic.twitter.com/Ngwnryilsi— BOIPLUS MEDIA (@BoiplusMedia) February 16, 2020
Saka dipilih sebagai Man Of The Match selepas melakukan 1 assist yang sangat licik melepasi pemain lawan di byline dan menghantar kepada rakannya.
Selain itu beliau juga bermain di posisi sideback. Namun beliau cemerlang ketika bertahan dan membantu pertahanan Arsenal untuk tidak bolos dalam perlawanan ini.
Cemerlang mencatatkan 91% ketepatan hantara, dengan 7 crosses serta 6 kali melepasi lawan dengan gerakannya.
Bukayo Saka's game by numbers vs. Newcastle:
91% pass accuracy
74 touches
38 passes completed
7 crosses
6 take ons
1 *outrageous* assist 😉An outstanding display from the 18-year-old. 🙌 pic.twitter.com/5xvQsTXRkb
— Squawka Football (@Squawka) February 16, 2020
Jadi tidak hairanlah kenapa beliau membawa pulang anugerah pemain terbaik perlawanan ini.
Kesemua gol Arsenal adalah dijaringkan pada separuh masa kedua. Gol pertama Arsenal menerusi Aubameyang pada minit ke-54.
Saka kemudian melakukan satu assist menarik. Menutmeg Lazzaro sebelum melepaskan hantaran kepada Nicolas Pepe untuk gol kedua.
The ultimate disrespect ! Nutmeg to assist #saka @arsenal pic.twitter.com/BFYtlJ4m9u
— Sergio Garcia (@SergRGarcia) February 16, 2020
Ozil dan Lacazette menambah 2 lagi gol pada lewat perlawanan untuk memastikan 3 mata buat Arsenal.
Ozil menerima hantaran Lacazette di dalam kotak penalti dan kemudian melakukan tolakan ke arah gol.
Lacazette melengkapkan kemenangan bergaya Arsenal dengan gol keempat.
Reaksi kelakar Saka
Selepas tamat perlawanan, Saka dan Aubameyang ditemuramah oleh pundit untuk mengimbas kembali apa yang berlaku di atas padang.
Saka diajak untuk menganalisis semula assist seksi beliau kepada Pepe. Dan ketika video sedang dimainkan tiba tiba terkeluar perkataan ‘Whoops!’ daripada mulutnya melihat Lazaro di-ole.
Aubameyang turut tergelak melihat telatah Saka.
https://twitter.com/i/status/1229152766557380612
Ianya berlaku secara spontan kerana beliau benar benar fokus kepada apa yang ditayang semula itu.
Ketika pundit sedang menerangkan gerakannya, Saka menyampuk pula dengan Whoops. Aubameyang pun menepuk pemain remaja itu sambil ketawa.
Saka reacting to his nutmeg 😂👌🏾 black boy joy “whoops” loooool pic.twitter.com/tjGSGAyFbq
— #2 (@RasclartRico) February 16, 2020
Kelakuan Saka itu menjadi perhatian netizen. Ramai yang geli hati melihat respon sponta si Saka.
Selain daripada Saka, pemain seperti Ozil dan Nicolas Pepe juga cemerlang di dalam perlawanan ini.
Salah satu daripada gol Arsenal dalam perlawanan ini – gol Ozil – adalah dibina dengan 35 pertukaran hantaran melibatkan semua pemain.
35 – There were 35 passes in the build-up for Mesut Özil's goal vs Newcastle, making it 10 passes longer than any goal scored in the Premier League this season, with all 11 @Arsenal players involved at least once. Mikel. pic.twitter.com/9p2I09HMJP
— OptaJoe (@OptaJoe) February 16, 2020
Arsenal turut berjaya mencatatkan clean sheet. Walaupun agak terlampau banyak seri, Arsenal tetap menjadi pasukan yang masih belum kalah dalam liga pada tahun 2020.
Arsenal berada di tangga ke-10 ketika ini. Dan masih 7 mata dibezakan dengan pasukan di tangga keempat iaitu Chelsea.
Ini merupakan kemenangan terbesar dicatatkan Arsenal, sejak diambil alih oleh Mikel Arteta.
Perlawanan seterusnya, Arsenal akan berhadapan dengan Olympiakos dalam saingan UEL dan kemudian berhadapan dengan Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Arsenal masih berharap mereka akan berjaya menamatkan saingan di empat teratas musim ini.