Bekas pemain Real Madrid, Isco menjadi punca pasukan itu kalah di tangan Real Betis. Kekalahan yang memberikan sedikit tamparan kepada Real Madrid dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan La Liga musim ini.
Real Betis mengejutkan Real Madrid dengan kemenangan 2-1 pada aksi La Liga semalam.
Real Betis bangkit daripada ketinggalan 1 gol untuk menang 2-1 pada wisel penamat.
Real Madrid di hadapan seawal minit ke-10 menerusi Brahim Diaz. Namun Johnny menyamakann kedudukan untuk menjadikan kedua dua pasukan terikat 1-1 pada rehat.
Pada minit ke-54 separuh masa kedua, bekas pemain Real Madrid, Isco menjaringkan gol kemenangan pasukan.
Gol yang boleh mencalarkan peluang Real Madrid untuk bergelar juara musim ini.
Isco terus menunjukkan prestasi cemerlangnya musim ini. Musim yang boleh menjadi titik kebangkitan Isco untuk kembali ke pasukan kebangsaan.
Real Madrid drop points in the title race after losing to Real Betis.
And it was Isco who scored the winner 💀 pic.twitter.com/d4Euyo9KHE
— B/R Football (@brfootball) March 1, 2025
Real Betis tampil dengan aksi luar biasa. Melakukan 18 percubaan ke gawang Madrid berbanding hanya 9 daripada skuad Ancelotti.
Real Madrid dalam tekanan
Real Madrid kini sudah bermain 26 perlawanan. Dan terikat 54 mata dengan Barcelona.
Namun Barcelona masih ada baki 1 perlawanan dalam tangan. Jika menang, Barcelona boleh menjarakkan diri 3 mata daripada Real Madrid.
Barcelona akkan berdepan dengan Real Sociedad pada aksi hari ini. Adakah skuad Hansi Flick akan menggunakan kesempatan kali ini dengan sebaik baiknya?