Real Madrid dilaporkan mengarahkan perhatian mereka kepada William Saliba.. Dengan Madrid sedia melakukan pendekatan yang sama mereka lakukan ke atas pemain seperti Rudiger, Mbappe dan Alaba.
Real Madrid juga melakukan perkara yang sama ke atas Alphonso Davies dan Trent Alexander Arnold. Di mana kelab itu akan cuba menunjukkan minat mereka kepada seseorang pemain dan cuba membida pada harga rendah yang berpeluang ditolak kelab itu.
Davies sudah membuat u turn dan kekal dengan Bayern. Namun Real Madrid yakin mereka akan mendapatkan Trent Alexander Arnold.
Bidaan dihantar itu lebih kepada isyarat kepada seseorang pemain itu bahawa mereka serius mahukan pemain tersebut. Dan pemain tersebut akan mempertimbangkan untuk tidak melanjutkan kontrak dan menyertai Real Madrid secaa percuma.
Kini Real Madrid cuba melakukan taktik serupa ke atas Saliba. Kontrak semasa pemain itu akan berakhir pada pertengahan Jun.
Kylian Mbappe boleh menjadi pemain yang membantu memujuk Saliba untuk menyertai Real Madrid.
Saliba sebenarnya sudah dipantau Real Madrid sejak pemain itu di St Etiene lagi. Namun ketika itu Arsenal bertindak pantas terus mendapatkan Saliba.
Saliba sendiri dilaporkan sedar dia ketika itu dipantau oleh Real Madrid. Saliba kini menjadi salah seorang bek tengah terbaik dunia di bawah Mikel Arteta.
🚨 Real Madrid will bide their time in their pursuit of William Saliba – aiming to sign him on a cut-price deal in 2026 or on a free transfer when his Arsenal contract ends in 2027.
(Source: @TheAthleticFC) pic.twitter.com/1epLWn95Wg
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) April 12, 2025
Dan dia membantu Arsenal menjadi salah sebuah pasukan yang sangat kuat di Eropah dalam beberapa musim ini.
Real Madrid sedia untuk membida pemain itu pada 2026 akan datang. Dengan harapan Saliba akan sedar betapa mereka serius mahukannya.
Saliba masih lagi muda – baru 24 tahun – dan memiliki masa depan yang masih panjang. Dia boleh menjadi gandingan sempurna di masa hadapan bersama sama dengan Raul Asencio.
Real Madrid sudah berjimat cermat dalam pembelian pemain sejak mereka menanggung kos yang tinggi untuk pembangunan semula Santiago Bernabeu. Fokus mereka adalah pemain berkelas dunia yang mereka boleh sign secara percuma.
Di pihak Arsenal, kelab itu terutama sekali pengurus Mikel Arteta sudah berkali kali menyatakan bahawa dia tidak mahu menjual Saliba. Pemain itu menjadi pemain penting dalam perancangan pasukannya.