Real Madrid Dah Hubungi Wakil Sadio Mane

Pegawai Real Madrid dilaporkan telah menghubungi wakil Sadio Mane bagi merisik pemain itu untuk dibawa ke Santiago Bernabeu.

Sadio Mane berada dalam ‘form of his life’ ataupun pada kemuncak prestasi beliau pada ketika ini. Sadio Mane diundi di kedudukan keempat dalam carta Ballon d’or 2019.

Beliau juga sekali lagi menjadi finalis untuk anugerah pemain terbaik Afrika edisi kali ini.

Ini bukanlah kali pertama Real Madrid mahukan pemain penyerang sayap The Reds itu. Malah sejak daripada beberapa musim lalu Zinedine Zidane mensasarkan Sadio Mane sebagai pemain yang beliau mahukan.

Namun pemburuan ke atas Sadio Mane terhenti apabila Zinedine Zidane melepaskan jawatannya di Real Madrid.

Dipetik daripada Le10Sport, portal tersebut menyatakan bahawa pihak Real Madrid ada menghubungi wakil kepada Sadio Mane.

Namun pembelian Sadio Mane lebih kepada untuk musim akan datang. Hal ini kerana Real Madrid dijangka akan melepaskan Gareth Bale dan James Rodriguez keluar pada akhir musim ini.

Zidane mahu mencari pemain sayap yang prolifik. Pemain seperti Vinicius Jr dan Rodrygo dilihat masih terlalu muda untuk diletakkan tanggungjawab besar.

Zidane juga dikatakan mahu menjadikan Sadio Mane sebagai salah seorang pemain dalam projek jangka panjang di Real Madrid.

Mane telah menjadi pemain sayap yang produktif dalam beberapa musim terakhir bawah kendalian Jurgen Klopp.

Musim lalu Sadio Mane berjaya menjadi pemenang bersama kasut emas EPL bersama Mohamed Salah dan Pierre Emerick Aubameyang.

Zinedine Zidane mahu merombak sekali lagi barisan serangan beliau selepas gagal mendapatkan impak besar seperti era Cristiano Ronaldo.

Sebelum ini Real Madrid dilaporkan dengan usaha cuba membawa Mbappe ataupun Neymar namun ianya sukar. Sadio Mane dilihat opsyen yang lebih murah dan Zidane lebih gemarkan etika kerja pemain itu.

Namun begitu ia bukan mudah untuk Real Madrid mahu mendapatkan Sadio Mane. Pemain tersebut dilihat sangat selesa bermain di bawah Jurgen Klopp.

Mane juga sebelum ini sudah menyatakan beliau sangat selesa di Liverpool.

Mane menjadi pemain utama di Liverpool. Boleh membantu bagi proses itu masuk sayap kiri sayap kanan dan juga false number nine.

Musim ini Sadio Mane merupakan penjaring utama pasukan Liverpool.

Pada 2019 Sadio Mane menjadi nadi penting The Reds dalam menuai treble antarabangsa.

Ia bermula dengan kejuaraan Liga Juara Juara Eropah, diikuti Piala Super Eropah dan kemudian Piala Dunia Kelab.

Liverpool juga mengakhiri tahun 2019 dengan 13 mata mendahului di atas carta Liga Perdana Inggeris.

Ianya menjadikan pemain itu sebahagian daripada lipatan sejarah pasukan Inggeris pertama yang menjuarai intercontinental treble.

Baca yang lain