Real Madrid berjaya mengikat Barcelona dari segi pungutan mata selepas mereka menang 2-1 ke atas Rayo Vallecano. Namun kemenangan itu benar benar dicapai dengan penuh debar.
Mbappe dan Vinicius Jr menjaringkan gol untuk Real Madrid masing masing minit ke-30 dan ke-34. Dan pasukan lawan merapatkan jurang gol pada masa kecederaan minit ke-45+2 menerusi Pedro Diaz.
Kenapa Real Madrid berdebar? Pasukan lawan tampil dengan lebih banyak ancaman dalam perlawanan di Bernabeu. Vallecano melakukan 20 percubaan berbanding 10 sahaja oleh Real Madrid.
Namun Real Madrid berjaya memastikan 3 mata milik mereka dan mengikat Barcelona 57 mata di carta La Liga.
Saksikan rangkuman aksi di sini:
Barcelona ada satu perlawanan dalam tangan kerana semalam aksi Barcelona ditunda selepas doktor pasukan mereka, arles Miñarro Garcia, meninggal dunia.
Ini adalah kedudukan 3 pasukan pesaing kejuaraa La Liga musim ini:
Real Madrid go level with Barcelona on points at the top of LALIGA after a 2-1 win vs. Rayo Vallecano 😤
Barcelona have one less game played and remain in first place on goal difference 👀
This title race 🍿 pic.twitter.com/miVIt9jTSc
— ESPN FC (@ESPNFC) March 9, 2025
Real Madrid berusaha mempertahankan kejuaraan La Liga milik mereka. Manakala Hansi Flick pula mahu memenangi La Liga bersama Barca pada musim debutnya.
Atletico Madrid juga sedang dalam prestasi memberangsangkan musim ini. Diego Simeone sebelum ini pernah melakukannya, memecahkan duopoli Real Madrid dan Barcelona dalam persaingan kejuaraan liga.
Adakah dia mampu melakukannya sekali lagi?