Real Madrid berdepan Borussia Dortmund di Wembley untuk aksi final UCL 2023/24. Real Madrid dalam misi mengejar kejuaraan ke-15 sementara Dortmund yang mara ke final buat ketiga kalinya sahaja dalam sejarah mahu mencari kejuaraan UCL sulung mereka.
Separuh masa pertama
Borussia Dortmund bermain dengan lebih baik pada separuh masa pertama. Di mana pasukan bimbingan Edin Terzic itu melakukan banyak ancaman berbanding Real Madrid.
Adeyemi memiliki beberapa peluang keemasan pada 30 minit pertama permainan. Antaranya adalah, dia sudah berjaya mencucuk bola melepasi Thibaut Courtois, namun tolakannya terlalu kuat dan sudut untuk melakukan rembatan terlalu sukar selepas itu.
Peluang terbaik untuk Dortmund pastinya menerusi Fullkrug yang melakukan sentuhan yang sudah menewaskan Courtois namun bola terkena tiang.
Courtois menjadi sebab utama Real Madrid tidak ketinggalan separuh masa pertama selain daripada ketumpulan Dortmund di hadapan gol.
Tidak banyak aksi mengancam atau pengaruh Vinicius Jr pada separuh masa pertama dengan kedudukan 0-0 kekal sehingga rehat.
Separuh masa kedua
Pada separuh masa kedua Real Madrid hampir di hadapan sebanyak 2 kali pada 7 minit pertama. Yang pertama menerusi sepakan percuma Toni Kroos. Dan yang kedua menerusi voli rendah daripada Carvajal yang sangat hampir menjadi gol. Mujur Maatsen melakukan hadangan dan penjaga gol tenang di belakang.
KOBEL 👏#UCLfinal pic.twitter.com/bqUYuS5Nvt
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) June 1, 2024
Minit ke-63, Courtois sekali lagi melakukan penyelamatan dengan menepis tandukan terbang oleh Fullkrug.
Jude Bellingham akhirnya mendapat peluang terbaik secara peribadi. Dia berjaya meloloskan diri untuk menerima hantaran tinggi di hadapan penjaga gol Dortmund namun gagal melakukan kontak ke atas bola. Kejadian itu berlaku minit ke-69.
Minit ke-71, legenda Dortmund, Marco Reus dimasukkan buat kali terakhir kerana selepas ini dia akan meninggalkan kelab tersebut. Reus menggantikan pemain yang paling memberikan masalah kepada Madrid dengan kelajuannya, Karim Adeyemi.
Sancho ditukarkan ke posisi sebelah kiri. Dengan Reus bermain di sayap kanan.
Tidak lama selepas itu, Real Madrid mengajar Dortmund cara bermain di final dengan mencetak gol daripada peluang yang terhad, bukannya terus membazir.
Carvajal menanduk masuk sepakan penjuru daripada Toni Kroos minit ke-74. Itu hanya percubaan tepat kedua Real Madrid dalam perlawanan ini dan ianya sudah meletakkan juara 14 kali itu di hadapan.
¡CARVAJAL! #UCLfinal pic.twitter.com/CIb7d2nB3I
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) June 1, 2024
Minit ke-77, Bellingham menerima bola dalam kotak penalti. Dan hampir mencetak gol kedua.
Real Madrid kini lebih intensif di serangan dan melakukan tekanan kepada Dortmund yang kelihatan masih tergamam dengan gol Carvajal.
Dortmund membuat dua pertukaran lagi dengan mengeluarkan Emre Can dan Brandt. Mereka memasukkan Maalen dan Haller.
Minit ke-81, Camavinga melakukan rembatan cantik dari luar kotak penalti yang hampir menewaskan Kobel.
2 minit kemudian, Vini Jr sekali lagi meletakkan namanya dalam senarai penjaring final UCL untuk menjadikan kedudukan 2-0 buat Real Madrid.
Segalanya bermula apabila Maatsen mungkin masih ingat Bellingham adalah pemain mereka. Satu hantaran ke belakang terus ke kaki Bellingham yang kemudian menghantar bola ke Vini yang terus merembat masuk.
🇧🇷#UCLfinal pic.twitter.com/XUReqKHQnh
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) June 1, 2024
Kroos akhirnya menamatkan tugasannya sebagai pemain Madrid, kerana selepas ini dia akan bersara selepas Euro 2024. Kroos digantikan dengan Luka Modric. Ancelotti turut memasukkan hero separuh akhir mereka, Joselu yang menggantikan Bellingham.
Fullkrug kemudian menanduk masuk hantara Donyell Malen pada minit ke-88, namun gol dibatalkan kerana ofsaid.
Tamat perlawanan, Real Madrid 2 Borrussia Dortmund 0.
Real Madrid menjulang UCL ke-15 mereka. Carlo Ancelotti terus menjadi pengurus paling berjaya dalam sejarah UCL. Selari dengan Real Madrid sebagai jaguh utama UCL.
Real Madrid turut menamatkan musim ini dengan kejuaraan berganda, La Liga dan UCL.
2024 CHAMPIONS: Real Madrid 🏆#UCLfinal pic.twitter.com/msoVjUWhRy
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) June 1, 2024