Real Madrid, Juventus, Barcelona Sedia Umum Liga Super Eropah Sekali Lagi

Real Madrid, Barcelona dan Juventus menyatakan bahawa European Super League (ESL) tidak pernah mati. Cuma ditangguhkan sahaja kerana halangan dan ugutan daripada UEFA.

Dan kini, 3 kelab tersebut sedia untuk mengumumkan semula pertandingan ESL kepada umum pada minggu hadapan.

Menurut Daily Telegraph, beberapa rombakan dibuat daripada pelan asal ESL di mana ESL selepas 9 kelab menarik diri.

ESL sebelum ini mendapat tentangan daripada penyokong dari seluruh dunia.

6 kelab EPL yang digelar big six antara kelab pengasas bersama. Namun akur dengan rebel daripada penyokong mereka. Akhirnya kesemua kelab menarik diri.

Seterusnya, AC Milan dan Inter Milan turut menarik diri di Itali. Di Sepanyol pula, Atletico Madrid mengumumkan penarikan diri mereka.

Kini tinggal Real Madrid, Barcelona dan Juventus daripada 12 kelab pengasas sebelum ini.

Menurut laporan, presiden Juventus, Andrea Agneli akan bercakap tentang ESL di Persidangan Kemuncak Industri Sukan pada Khamis akan datang untuk membentangkan perubahan besar yang berlaku dalam kertas projek mereka.

Antaranya ialah, idea asal di mana pasukan pengasas tidak boleh tersingkir daripada liga akan digantikan dengan formati liga seperti biasa di mana beberapa pasukan di kelompok tercorot akan tersingkir.

3 kelab yang masih tinggal dalam ESL sebelum ini telah membawa kes ESL ke Mahkamah Keadilan Eropah untuk mencabar UEFA yang disifatkan mereka sebagai mengamalkan monopoli dan mengugut.

Ini selepas UEFA mengancam untuk mengharamkan kesemua pasukan yang beraksi dalam ESL daripada beraksi dalam UCL dan UEL.

UEFA sudah menganggap ESL sebagai projek yang sudah mati. Namun Florentino Perez menyatakan sebaliknya. Perez memberikan jaminan bahawa kelab yang menyertai ESL tidak akan kehilangan hak mereka untuk beraksi di UCL atau UEL atau liga domestik.

UEFA turut sudah mendenda 9 kelab yang menarik diri dari ESL  €15 juta secara terkumpul kerana menyertai projek tersebut.

Mereka juga setuju akan membayar denda lebih besar sehingga €150 juta jika berpecah ataupun menyertai projek ESL sekali lagi di masa akan datang.

Sererusnya, 6 kelab EPL yang sebelum ini menyertai gagasan ESL setuju membayar denda terkumpul £22 juta.