Real Madrid Kalah, Hazard Cedera Lagi

Eden Hazard mungkin tidak akan dapat beraksi menentang Manchester City dalam aksi kalah mati round of 16 bagi first leg dalam Liga Juara juara Eropah.

Ini selepas pemain kebangsaan Belgium itu cedera sekali lagi.

Real Madrid dikejutkan Levante dalam aksi semalam La Liga semalam. Di mana skuad bimbingan Zinedine Zidane tewas mengejut 1-0.

Eden Hazard baru sahaja bermain perlawanan kedua sejak kembali semula daripada kecederaan yang melanda. Sebelum ini beliau terpaksa berehat 3 bulan kerana kecederaan tersebut.

Kepulangan semula Hazard ke dalam pasukan dianggap tepat pada masanya kerana Real Madrid selepas ini ada beberapa perlawanan penting.

Namun malang sekali Hazard mungkin akan berehat beberapa minggu lagi. Dan Real Madrid masih belum memberikan kemaskini tentang status kecederaan beliau.

Zinedin Zidane beri penilaian awal kecederaan Eden Hazard

Zinedine Zidane pula merasakan kecederaan Hazard itu adalah pada bahagian yang sama seperti tempoh hari. Ini kerana pemain itu menyatakan beliau sakit di bahagian tersebut.

Zidane berkata: “Aku rasa kan, kecederaan Hazard tu dekat tempat yang sama hari itu. Gayanya, ianya nampak tak baguih sangat.”

Selain daripada Eden Hazard, Real Madrid juga tidak pasti dengan kecergasan Gareth Bale menjelang aksi UCL itu nanti. Gareth Bale disisihkan dalam aksi menentang Levante kerana sakit.

Real bergelut berhadapan Levante

Dalam aksi awal pagi tadi, pasukan Real Madrid bergelut dengan permainan mereka. Di mana peluang terbaik mereka hadir menerusi Hazard.

Hazard beraksi dengan baik namun terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan. Beliau digantikan dengan Vinicius Jr.

Gol kemenangan Levante hadir pada minit ke-79 menerusi Jose Luis Morales.

Kekalahan ini membuatkan Real Madrid gagal untuk memintas semula Barcelona yang menang 5-0 dalam aksi lebih awal. Di mana Lionel Messi menjaringkan empat gol.

Real Madrid akan berhadapan dengan Man City selepas ini diikuti aksi el clasico berhadapan dengan Barcelona.

Real Madrid terus berhadapan dengan krisis kecederaan yang agak teruk pada musim ini.

Impak Hazard masih belum nampak

Sejak menyertai Real Madrid, Eden Hazard masih gagal memberikan impak seperti yang diharapkan daripada pemain yang menelan kos £130 juta secara keseluruhan.

Hazard bergelut dengan kecergasan beliau. Lantas menyukarkan Hazard untuk settle down di Real Madrid.

Sebelum ini beliau dianggap akan menjadi nadi penting Real Madrid selepas kehilangan Ronaldo sebelum ini.

Hazard sekali lagi kelihatan agak berisi ketika kembali semula ke atas padang.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari