Semalam Nasser Al Khelaifi menyambut sendiri kepulangan semula Kylian Mbappe ke dalam pasukan utama PSG setelah pemain itu dikenakan gantung tugas daripada pasukan utama.
Al Khelaifi bercakap di hadapan pemain lain: “Kylian komited untuk PSG. Selamat kembali Kylian. Dia akan kembali ke dalam pasukan sekali lagi.”
Kemudian presiden PSG itu memberitahu bahawa kini hubungan PSG dengan Kylian Mbappe sudah kembali jernih.
Berlaku sedikit salah faham antara mereka. Namun setelah Al Khelaifi mendengar sendiri luahan Mbappe, dia akhirnya menerima semula Mbappe ke dalam pasukan utama.
Nasser Al Khelaifi turut mengesahkan bahawa PSG dan Mbappe sedang berunding lanjutan kontrak baharu.
Dan Mbappe setuju untuk tidak sesekali meninggalkan kelab itu secara percuma.
Sebelum ini Mbappe menolak lanjutan kontrak di PSG. Tetapi kini pemain itu dikatakan sedia mendengar tawaran baharu yang memiliki klausa pelepasan khas pada 2024.
Dijangka Kylian Mbappe akan terus kekal di PSG sekurang kurangnya sehingga musim 2024/2025.
Ini bukan perkembangan yang mahu didengar Real Madrid. Kerana mereka sudah yakin akan dapat menandatangani Mbappe secara percuma musim hadapan.
Sehinggakan Florentino Perez meminta Ancelotti terus menggunakan penyerang yang mereka ada sementara menunggu pengganti sebenar Karim Benzema iaitu Kylian Mbappe yang akan menyertai mereka musim hadapan.
Di kem Madrid, mereka kini memantau perkembangan Mbappe ini. Mereka sudah sedia untuk menerima hakikat bahawa mereka akan terlepas peluang mendapatkan pemain itu secara percuma.
Malah sudah ada perbincangan di kem Real Madrid agar kelab itu membida Mbappe pada Januari akan datang jika pemain itu masih tak menandatangani kontrak baharu pada masa itu.
🚨| Real Madrid’s plan for Kylian Mbappé:
• Wait & see what happens from far like they have been doing all this while.
• If he doesn’t renew, try to SIGN him in January 2024.
• If he renews then congratulate both PSG & the player. @jfelixdiaz @marca #rmalive pic.twitter.com/pMzPvnq0Z0— Madrid Zone (@theMadridZone) August 13, 2023
Beberapa minggu lalu, PSG mengadu kepada FIFA apabila mengesyaki Real Madrid dan Mbappe sudah berpakat untuk perpindahan percuma musim hadapan.
Membuatkan kelab itu sukar untuk melanjutkan kontrak pemain itu atau menjualnya.
Mbappe berkali kali menyatakan dia mahu terus kekal sehingga kontrak semasanya tamat.
Dan kini hubungan Mbappe dan Al Khelaifi sudah kembali pulih. Nasser Al Khelaifi benar benar yakin pemain itu akan melanjutkan kontrak baharu di PSG. Dan kelab sedia menawarkan beberapa alternatif kepada pemain itu jika dia mahu pergi pada 2024.
Itu dengan memasukkan syarat klausa pelepasan yang akan dibincangkan antara kelab dan pemain.
Ini bukan pertama kali Real Madrid terlepas tandatangan Mbappe walaupun sudah diberikan harapan oleh pemain itu.
Sebelum ini Perez sendiri mengakui dia sudah berbincang dengan Mbappe namun pemain itu membuat u turn saat akhir dan melanjutkan kontrak denan PSG.
Perez benar benar bengang pada masa itu menuduh Mbappe hanya cuba menggunakan Real Madrid sebagai proksi untuk mendapatkan kontrak lumayan di PSG.
Namun Mbappe kemudian meminta maaf kepada Perez dengan menyatakan bahawa dia mahu terus kekal di PSG buat masa ini untuk membantu kelab itu menjadi juara eropah.
Perez menerima maaf Mbappe dan kembali meletakkan nama pemain itu sebagai sasaran kelab untuk dijadikan superstar pada masa depan.