Real Madrid Kongsi Video Padang Boleh Alih, Mirip Teknologi Yang Bakal Digunakan Di Stadium Shah Alam Baharu

Real Madrid berkongsi video yang menunjukkan padang mudah alih di stadium Stadium Santiago Bernabeu.

Real Madrid telah bermain perlawanan pertamanya di stadium Santiago Bernabéu yang telah diubah suai hasil kerja studio seni bina L35, Ribas & Ribas dan GMP Architecten.

Video yang dikeluarkan oleh kelab itu menjelang perlawanan pertama di stadium yang telah diubah suai itu menunjukkan struktur baharu yang sebahagian besarnya lengkap dan bumbungnya yang boleh ditutup.

Real Madrid kembali ke stadium keramat mereka ketika melayan kunjungan Getafe pada 2 September dalam perlawanan pertama kelab itu sejak pengubahsuaian bermula.

Bumbung yang boleh dibuka dan ditutup mengikut kesesuaian acara itu sangat menarik perhatian.

Selain itu, terdapat juga penambahan teres tempat duduk di sekeliling stadium dan juga padang mudah alih. Di mana padang itu ada ruang penyimpanan khas di bawah tanah.

Reka bentu moden itu membolehkan stadium ini digunakan untuk acara berskala besar termasuk konsert. Padang yang boleh dialihkan akan ditempatkan di enam aras bawah tanah.

Terdapat sistem pengairan bawah tanah yang canggih dan pencahayaan ultraungu untuk mengekalkan kualiti rumput.

Pengubahsuaian itu juga akan menyaksikan kapasiti stadium dinaikkan daripada sekitar 81,000 kepada 85,000, walaupun hanya lebih 66,000 yang menyaksikan perlawanan pembukaan pada minggu lalu.

Namun selepas ianya siap sepenuhnya, kapasiti itu boleh dimaksimumkan.

Bermula pada tahun 2019, pengubahsuaian stadium itu direka oleh syarikat L35 dan Ribas & Ribas serta syarikat Jerman, GMP Architecten.

Santiago Bernabéu pada asalnya dibina pada tahun 1947 dan direka oleh arkitek Manuel Muñoz Monasterio dan Luis Alemany Soler.

Ia telah melihat beberapa penambahan dan pengubahsuaian sejak itu.

Saksikan video khas di sini.

Teknologi retractable pitch ini adalah teknologi yang bakal digunakan di Stadium Shah Alam yang baharu – seperti mana diumumkan oleh MBI pada Januari 2023 yang lalu.

Dan satu video khas dimuatnaik di laman facebook rasmi MBI.

Berdasarkan pelan asal yang ditunjukkan, mudah sahaja kita simpulkan bahawa Stadium Shah Alam akan menjadi kompleks sukan paling canggih di negara ini apabila ianya siap.

Stadium tersebut akan memiliki fungsi yang canggih. Antaranya adalah bumbung yang boleh ditutup dan dibuka berdasarkan kesesuaian acara termasuk konsert.

Selain itu, stadium Shah Alam turut menggunakan sistem teknologi kawalan kelembapan udara di dalam stadium termasuk di tempat duduk penyokong.

Projek tersebut disebut sebagai projek pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam yang diinspirasikan oleh kejayaan bola sepak Selangor di tapak Stadium Shah Alam.

Stadium Shah Alam juga akan menggunakan teknologi padang yang boleh dilaraskan atau digerakkan bagi kesesuain acaran.

Bola sepak adalah sukan no.1 di Selangor, jadi, sudah tentu sukan itu banyak memberikan inspirasi kepada projek ini.

Antara kemudahan yang akan memudahkan pengunjung atau penyokong adalah akses pejalan kaki yang kondusif dengan ada laluan berbumbung turut disediakan.

Stadium ini juga mudah diakses dengan perkhidmatan pengangkutan awam seperti LRT.

MBI turut bertekad untuk membina stadium yang bertaraf dunia dengan kapasiti maksimum 45,000 penyokong dalam satu masa.

Tidak lupa, turut disediakan ruang mesra OKU dan ruang koporat.

Di perkarangan luar stadium juga terdapat pelbagai fasiliti lain untuk beriadah dan sebagainya.

Saksikan video khas itu di sini:

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan