Bintang remaja sensai berdarah Argentina-Sepanyol Alejandro Garnacho telah menjadi nama yang dipantu banya kelab elit dalam bola sepak Eropah sejak beberapa tahun.
Real Madrid antara kelab yang mahukan pemain itu dan Manchester United sendiri sedar akan perkara itu.
Kota Madrid bukanlah asing untuk Garnacho. Dia sebelum ini pernah bermain untuk pasukan remaja Atletico Madrid.
Garnacho kemudian meninggalkan Atletico Madrid untuk menyertai Manchester United pada usia hanya 15 tahun.
Sebenarnya Real Madrid sudah lama memantau bakat tersebut. Sejak di Atletico lagi.
Dan kini mereka sedia membawa pulang pemain remaja itu. Dengan beberapa bintang mereka akan dilepaskan pada akhir musim ini termasuk Isco.
Minat daripada Real Madrid dilaporkan antara punca kenapa rundingan kontrak baharu dengan Manchester United kini ditangguhkan.
Pemain itu dikatakan mahu menilai kontrak yang lebih baik. Isu wang sentiasa bukan masalah untuk Man United atau Real Madrid, tetapi Garnacho mungkin akan menilai peranannya dalam pasukan selepas ini.
Garnacho seringkali menunjukkan aksi memukau ketika diturunkan Manchester United.
Dan dia mungkin mahu mencari lebih minit permainan selepas ini, walaupun dia masih lagi sangat muda.
Gaji semasa Garnacho adalah £7,000 seminggu. Dengan kelab Manchester itu sedia menaikkan gajinya sehingga £21,000 seminggu.
Garnacho malah mersakan dia akan mendapat banyak tawaran yang lebih besar selepas ini.
Selain Real Madrid, Juventus juga mahukan pemain tersebut.
Cuma situasi kewangan kelab Itali itu agak rumit, jika Garnacho mahukan kontrak yang sangat tinggi.