Real Madrid Mahu Beli Kane Dengan Sertakan Hazard

Real Madrid sedia untuk mendapatkan Harry Kane pada jendela perpindahan akan datang.

Mereka sedia menyertakan Eden Hazard dalam perjanjian tersebut.

Harry Kane belum melanjutkan kontrak baharu dengan Spurs.

Dengan kelab itu sedia untuk menjual Kane, berbanding melepaskannya secara percuma. Musim hadapan Kane akan berada dalam tahun akhir kontraknya.

Spurs cuba untuk mengelak daripada ‘terpaksa’ menjual Kane ke Man United.

Di mana Erik Ten Hag benar benar tertarik dengan idea mendapatkan pemain tersebut.

Daniel Levy sebelum ini pernah menyatakan bahawa mereka sedia melepaskan Kane namun untuk kelab Inggeris yang mahukan pemain itu, mereka harus membayar dengan harga berbeza.

Ini kerana Spurs menganggap Man United sebagai pencabar langsung untuk mereka dalam persaingan liga.

Levy kalau boleh mahu melihat Kane terus kekal di Spurs dan bersara di kelab tersebut.

Dia sudah bercakap dengan pemain itu bahawa dia yakin Kane akan menjulang trofi di Spurs dalam masa terdekat.

Sejak bergelar pemain profesional Kane sudah menjaringkan beratus ratus gol dan menjadi penjaring terbanyak kelab itu.

Namun dia tak pernah merasai mana mana trofi sama ada di peringkat kelab atau antarabangsa.

Real Madrid dianggap destinasi terbaik untuk Kane. Di man kelab itu dilaporkan mulai serius mahukan Kane selepas tersingkir daripada UCL baru baru ini.

Real Madrid yang pernah terlepas Erling Haaland, sedia untuk menjadikan kapten antarabangsa England, Harry Kane sebagai pengganti atau pesaing kepada Karim Benzema.

Jamie Redknapp, bekas pemain Spurs, turut setuju agar Kane mencari kelab baharu untuk memenangi trofi.

Eden Hazard adalah pemain yang akan disertakan bersama sama dengan bayaran tunai.

Hazard yang merupakan bekas bintang utama Chelsea, masih ada baki kontrak dengan Real Madrid pada musim hadapan.

Pemain itu pernah menyatakan dia mahu terus kekal di Real Madrid.

Namun Carlo Ancelotti sudah sedia untuk mengosongkan tanggungan mereka ke atas gaji Hazard.

Hazard terus gagal mencapai standard diharapkan sejak dia menyertai Real Madrid.

Baca yang lain