Carlo Ancelotti baru baru ini menyerahkan nasibnya kepada Real Madrid selepas dimalukan Arsenal dengan kekalahan 1-5. Pengurus legenda itu akui, dia akan menerima dengan terbuka jika kelab memecatnya atau tidak mahu menyambung khidmatnya lagi.
“Tidak pasti, mungkin esok, akhir musim ini atau selepas kontrak saya berakhir. Namun saya akan sentiasa berterima kasih kkepada kelab ini,” kata Ancelotti.
Ancelotti telah membuktikan berkali-kali bahawa beliau tidak boleh dipandang rendah. Namun, musim ini tampak penuh dengan kekecewaan serta kekurangan dari segi taktikal, dan masa depannya di Real Madrid kini ibarat telur di hujung tanduk.
Kekalahan besar kepada Arsenal dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara telah mencetuskan kebimbangan di kelab itu. Dan nama Jurgen Klopp kini menjadi sasaran Real Madrid.
urulatih dari Jerman itu, yang kini berehat selepas meninggalkan Liverpool, mula dilihat oleh individu-individu terdekat dengan Florentino Pérez sebagai calon terbaik untuk membina semula skuad.
Karisma, falsafah menyerang, serta kebolehan mengurus bilik persalinan berprofil tinggi mungkin menjadi kunci untuk mengeluarkan potensi sebenar pemain seperti Vinícius dan Mbappé—sesuatu yang masih gagal dicapai oleh Ancelotti.
Beberapa tahun lalu Perez pernah memberikan amaran kepada Ancelotti bahawa dia tidak suka dengan gaya permainan Madrid yang pragmatik di bawah Ancelotti. Namun Perez sentiasa sejuk hati setiap kali Ancelotti menghadiahkannya UCL pada akhir musim.
Tahun lalu, nama Xabi Alonso mulai dikaitkan dengan Real Madrid. Namun sekali lagi pengurus Itali itu memberikan UCL. Tetapi itu bukan jaminan Ancelotti akan terus kekal ketika itu. Sebaliknya, hanya kerana Alonso yang memutuskan untuk terus kekal dengan Leverkusen.
Real Madrid sudah merancang bahawa Xabi Alonso adalah pengurus masa hadapan kelab itu untuk mengendalikan pasukan dengan gaya permainan menyerang.
Dan kini, namau Klopp dikaitkan dengan Real Madrid. Laporan lain menyebut, Klopp sedia untuk mendengar tawaran di meja rundingan.
Namun buat masa ini, Real Madrid harus melalui Red Bull yang melantik Klopp sebagai ketua projek pembangunan bola sepak mereka.
Klopp dianggap sangat sesuai untuk membantu membina skuad dengan adanya Kylian Mbappe dan Vinicius Jr serta Jude Bellingham. Real Madrid juga optimis akan dapat membawa masuk bintang andalan Klopp di Liverpool iaitu Trent Alexander Arnold.
Real Madrid juga waspada dengan projek Hansi Flick di Barcelona yang dilihat semakin cemerlang. Dan merasakan bahawa Klopp adalah pengurus sesuai untuk berdepan dengan projek Barcelona di bawah Flick.
🚨🚨 Jürgen Klopp agrees to negotiate with Real Madrid. The Spanish club believe Klopp would be a total boost for the team for discipline, character and tactical ideas, reports @sport. 🇩🇪🧠
They also think Klopp could be the perfect figure to hurt the Flick project at Barça. pic.twitter.com/WKb5W0H2En
— EuroFoot (@eurofootcom) April 17, 2025
Klopp sebelum ini pernah berjanji bahawa dia tak akan mengendalikan mana mana pasukan Inggeris lagi selepas Liverpool.
Dan Real Madrid jelas sekali satu tawaran yang mengujakann untuknya. Selain Klopp nama Xabi Alonso juga masih dalam senarai pengganti Carlo Ancelotti di Real Madrid. Ini bukti bahawa Real Madrid komited mahu membentuk pasukan yang bukan sahaja kuat dalam persaingan kejuaraan namun turut menjadi yang terbaik dalam aspek bola sepak moden.
🚨 JUST IN: Xabi Alonso & Jürgen Klopp are the MAIN candidates to take over when Carlo Ancelotti leaves Real Madrid. @diarioas pic.twitter.com/qWtUlo4oaS
— Madrid Zone (@theMadridZone) April 17, 2025