Real Madrid sekali lagi mengaktifkan minat mereka untuk mendapatkan Trent Alexander Arnold dari Liverpool. Carlo Ancelotti sebelum ini pernah mencadangkan nama pemain itu kepada pengurusan tertinggi.
Namun pemain graduan akademi Liverpool itu sebelum ini dilihat ‘tak boleh disentuh’ pada jendela perpindahan ketika era Jurgen Klopp.
Dan kini, peralihan kuasa pengurus kepada Arne Slot membuatkan Real Madrid menghidu peluang untuk mendapatkan pemain tersebut yang dianggap sebagai bakat generasi.
Trent Alexander Arnold boleh menjadi bek kanan untuk jangka masa panjang kelab itu menggantikan Dani Carvajal. Real Madrid tidak terburu buru mahukan pemain itu pada jendela perpindahan kali ini.
Namun mereka sedia membawa masuk pemain itu pada musim hadapan bersama sama dengan seorang lagi pemain bek sisi iaitu Alphonso Davies.
Gandingan Trent Alexander Arnold dan Davies boleh menjadi gandingan impian untuk Real Madrid. Davies dan Anrold akan menjadi ejen bebas musim hadapan, boleh menyertai Real Madrid secara percuma.
Sebelum ini Real Madrid cuba mendapatkan sebut harga untuk Davies yang masih ada setahun kontrak. Bayern Munich meminta €50 juta untuk pemain itu. Real Madrid menyatakan bahawa mereka tak akan membayar pemain yang cuma ada setahun kontrak dengan nilai setinggi itu.
Real Madrid memberikan tawaran maksimum €25 juta untuk Davies. Atau mereka menunggu sahaja pemain itu datang secara percuma.
Sekiranya perancangan mendapatkan Davies dan Trent ini lancar, Real Madrid boleh menggandingkan kedua dua pemain itu bermula musim 2025/26.
Kemampuan mereka untuk mencipta peluang gol akan membantu pemain seperti Kylian Mbappe di barisan serangan.
Real Madrid berharap Jude Bellingham akan membantu mereka memujuk pemain itu untuk datang ke Real Madrid. Namun ianya bukan tugas mudah. Kerana Arnold sudah dicanang sebagai kapten masa depan di Anfield. Tetapi bak kata orang, ‘Ini Real Madrid la’.
Trent Alexander-Arnold LINKED with a move to Real Madrid after signing a fan's shirt 🚨👀 pic.twitter.com/ErpOrp04eS
— Mail Sport (@MailSport) July 28, 2024