Real Madrid Minta Tukar Tarikh Aksi Terakhir La Liga Kerana Taylor Swift Nak Pakai Bernabeu Untuk Konsert

Real Madrid secara rasminya menghantar surat permohonan rasmi untuk menukar tarikh aksi terakhir La Liga musim ini menentang Real Betis kerana konsert Taylor Swift.

Pengurusa Real Madrid mahu menyiapkan stadium Santiago Bernabeu dengan sebaiknya untuk menyambut kehadiran Taylor Swift yang memilih stadium itu sebagai venue konsertnya.

Aksi terakhir Real Madrid dalam La Liga musim ini menentang Real Betis dijadualkan pada 24 Mei Sedangkan konsert Taylor Swift, The Eras Tour berlangsung pada 30 Mei.

The Atletic melaporkan Real Madrid meminta aksi mereka diawalkan sehari kepada 23 Mei. Kerana pengurusan stadium mereka mahu membuat yang terbaik untuk konsert itu. Walaupun kelab sedar permintaan itu sangat sukar untuk ditunaikan La Liga.

Jika perlawanan tersebut tidak mempengaruhi sebarang kedudukan perebutan kejuaraan atau slot eropah, maka mereka boleh berharap ianya direstui La Liga.

Bernabeu mahu menjadikan konsert Taylor Swift ini sebagai satu bukti bahawa mereka adalah venue terbaik untuk konsert sebesar itu.

Memandangkan ini adalah antara konsert besar di Bernabeu selepas ia dibuka semula selepas diubahsuai serta dibangunkan lagi.

Real Madrid mahu menguji teknologi padang mudah alih dan boleh disimpan di bawah stadium yang mereka pasang.

Bernabeu antara stadium bola sepak yang dipilih Taylor Swift untuk menganjurkan konsert selain stadium seperti Anfield dan Wembley di England.

Konsert besar seperti ini penting untuk membantu pengurusan stadium dan kewangan kelab mereka. Di mana pengurusan stadium membuat pinjaman bank yang tinggi untuk membangunkan semula Santiago Bernabeu.

Santiago Bernabeu yang baharu itu ada satu misi utama iaitu untuk menjana keuntungan dan menarik pelaburan sebanyak yang mungkin.

Stadium ini dijangka mampu mendapatkan keuntungan sekitar €400 juta semusim.

Dalam usaha untuk memaksimumkan potensi New Bernabéu, Real Madrid telah menandatangani perjanjian bernilai €360 juta dengan Legends dan Sixth Street. Dua syarikat itu diberikan hak untuk menguruskan operasi stadium itu untuk 20 tahun.

Real Madrid akan mendapat peratusan ataupun komisen daripada pendapatan tahunan stadium tersebut, menurut terma dan syarat.

Florentino Perez tidak mahu pening memikirkan soal pengurusan stadium dan menyerahkannya kepada pihak ketiga secara kontrak. Dan mereka hanya menunggu wang bahagian mereka setiap tahun.

Ini penting dalam usaha membantu menjana penadapatan kelab secara stabil setiap musim. Dengan Real Madrid menjangkakan mereka akan mendapat sehingga €150 juta setahun hasil daripada komisen daripada penganjuran pelbagai acara di Bernabeu baharu itu.

Baca juga: Real Madrid Kongsi Video Padang Boleh Alih

Real Madrid berkongsi video yang menunjukkan padang mudah alih di stadium Stadium Santiago Bernabeu.

Real Madrid telah bermain perlawanan pertamanya di stadium Santiago Bernabéu yang telah diubah suai hasil kerja studio seni bina L35, Ribas & Ribas dan GMP Architecten.

Video yang dikeluarkan oleh kelab itu menjelang perlawanan pertama di stadium yang telah diubah suai itu menunjukkan struktur baharu yang sebahagian besarnya lengkap dan bumbungnya yang boleh ditutup.

Real Madrid kembali ke stadium keramat mereka ketika melayan kunjungan Getafe pada 2 September dalam perlawanan pertama kelab itu sejak pengubahsuaian bermula.

Bumbung yang boleh dibuka dan ditutup mengikut kesesuaian acara itu sangat menarik perhatian.

Selain itu, terdapat juga penambahan teres tempat duduk di sekeliling stadium dan juga padang mudah alih. Di mana padang itu ada ruang penyimpanan khas di bawah tanah.

Reka bentu moden itu membolehkan stadium ini digunakan untuk acara berskala besar termasuk konsert. Padang yang boleh dialihkan akan ditempatkan di enam aras bawah tanah.

Terdapat sistem pengairan bawah tanah yang canggih dan pencahayaan ultraungu untuk mengekalkan kualiti rumput.

Pengubahsuaian itu juga akan menyaksikan kapasiti stadium dinaikkan daripada sekitar 81,000 kepada 85,000, walaupun hanya lebih 66,000 yang menyaksikan perlawanan pembukaan pada minggu lalu.

Namun selepas ianya siap sepenuhnya, kapasiti itu boleh dimaksimumkan.

Bermula pada tahun 2019, pengubahsuaian stadium itu direka oleh syarikat L35 dan Ribas & Ribas serta syarikat Jerman, GMP Architecten.

Santiago Bernabéu pada asalnya dibina pada tahun 1947 dan direka oleh arkitek Manuel Muñoz Monasterio dan Luis Alemany Soler.

Ia telah melihat beberapa penambahan dan pengubahsuaian sejak itu.

Saksikan video khas di sini.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di