TERKINI: Real Madrid Sedia Bayar Klausa Pelepasan Nico Williams

Real Madrid dilaporkan sedia membayar klausa pelepasan Nico Williams – pemain yang kerap dikaitkan dengan Barcelona.

Musim sebelum ini Barcelona pernah memancing Nico Williams untuk dipasangkan dengan Lamine Yamal di bahagian serangan, terutama sekali gandingan 2 pemain itu sangat berbisa dalam pasukan kebangsaan Sepanyol.

Williams juga dikatakan berminat menyertai Barcelona dengan menggunakan klausa pelepasan yang ada pada kontraknya.

Barcelona ketika itu turut berdepan dengan kekangan ekonomi untuk mendapatan Williams.

Namun begitu pemain muda itu membuat u turn dan menandatangani kontrak baharu dengan Athletic.

Barcelona kemudian beralih kepada Dani Olmo. Dan berjaya mendapatkan pemain tersebut.

Barcelona masih lagi memantau Nico Williams dan masih mahu pemain itu menyertai mereka pada masa hadapan.

Selain daripada Barcelona, Arsenal juga antara kelab yang memantau perkembangan Nico Williams. Kerana klausa pelepasan mampu milik yang ada pada kontrak penyerang muda itu.

Tetapi, kini Real Madrid dilaporkan turut berminat dengan pemain itu. Dia dianggap sesuai dengan taktikal yang bakal diserapkan Xabi Alonso yang menggunakan sistem 3-4-3.

Marca malah melaporkan bahawa Real Madrid benar benar sedia klausa pelepasan €58 juta ada pada kontrak pemain itu.

Barcelona dikatakan tidak begitu memikirkan tentang membida Nico Williams pada musim panas ini. Memandangkan prestasi Raphinha yang menggila musim ini. Malah Barcelona sedang berusaha untuk melanjutkan kontrak Raphinha.

Namun Real Madrid mahu Nico Williams datang menyertai mereka. Nico Williams dianggap pemain yang sangat sesuai dengan projek Real Madrid. Dia masih muda, lebih penting dia adalah pemain kebangsaan Sepanyol.

Real Madrid benar benar sibuk dalam jendela perpindahan kali ini. Mereka bakal membawa masuk Trent Alexander Arnold. Dan sedang dalam proses berunding untuk mendapatkan Alvaro Carreras dari Benfica.

Beberapa hari lalu, kelab Madrid itu berjaya memuktamadkan perjanjian untuk Dean Huijsen. Seterusnya Real Madrid juga sudah sedia untuk melepaskan Rodrygo yang baru baru ini menunjukkan kekecewaannya dengan layanan Ancelotti kepadanya.