Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya.

Kontrak semasa Arnold akan berakhir pada 2025 di Anfield. Dengan baki kontraknya yang sedang memasuki tahun akhir pada perpindahan musim panas akan datang, maka Real Madrid sedia membawa masuk pemain itu secara percuma.

Trent Alexander Arnold dianggap pengganti kepada Dani Carvajal dan malah dianggap satu upgrade untuk pemain tersebut.

Buat masa ini masih belum ada perkembangan yang signifikan tentang rundingan kontrak baharu Trent Alexander Arnold di Anfield. Kerana Liverpool baru sahaja menyelesaikan lantikan untuk pengarah sukan baharu kelab.

Klopp sudah menyatakan bahawa dia tak akan campur tangan dalam segala urusan kontrak dan jual beli pemain.  Jurgen Klopp menjadi pengaruh terkuat dalam pembangunan karier pemain tersebut. Dan Klopp akan meninggalkan Anfield pada akhir musim ini.

Jadi Arnold mungkin sedia mencari angin baharu dalam kariernya dengan menyertai kelab Real Madrid selepas memenangi segalanya di Liverpool di bawah era Klopp.

Selain daripada keupayaannya membekalkan assist yang berkualiti, Trent Alexander Arnold terbukti pemain yang boleh bermain di posisi tengah. Dia juga seorang pemain yang sangat bijak dalam playmaking dan taktikal. Menjadi nadi penting Liverpool pada era Jurgen Klopp.

Trent Alexander Arnold peminat tegar Liverpool dari kecil. Dia menyertai kelab itu menerusi sistem akademi kelab. Musim ini dia dilantik oleh Jurgen Klopp menjadi timbalan kapten kelab.

Fabrizio Romano melaporkan bahawa buat masa ini Liverpool tidak mahu menjual pemain itu. Namun pemain itu masih belum memberikan sebarang bayangan tentang masa depannya.

Liverpool malah mahu memastikan pemain itu terus kekal di Anfield. Ketika ini Trent Alexander Arnold dilaporkan mendapat gaji sekitar £200,000 seminggu di Anfield.

Real Madrid pastinya yakin mahu memujuk pemain itu untuk menyertai mereka. Memandangkan projek baharu di Bernabeu yang mengujakan. Real Madrid ketika ini dibintangi ramai pemain muda sebaya dengan Trent.

Mereka turut dijangka akan mendatangkan Kylian Mbappe musim hadapan. Sementara itu, Real Madrid sudah rasmi mendapatkan Endrick dari Brazil. Jadi Trent Alexander Arnold boleh menjadi sebahagian daripada generasi baharu Galaticos yang mahu dibentu Perez.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi