Real Madrid merampas tahkta liga dari Barcelona selepas menewaskan menewaskan Real Sociedad 2-1 pada hari Isnin.
Jaringan ke-3 Karim Benzema dalam 2 perlawanan selepas liga disambung cukup untuk memberi kelebihan kepada pasukannya.
Ia berikutan keputusan seri tanpa jaringan Barcelona menentang Sevilla.
- Barcelona 2-0 Leganes
- Real Madrid 3-0 Valencia
- Sevilla 0-0 Barcelona
- Real Sociedad 1-2 Real Madrid
Walaupun Barcelona mempunyai kelebihan goal difference lebih baik berbanding Real Madrid namun La Liga menggunakan kaedah mata head to head sebagai penilaian kedua selepas kiraan mata.
Pada musim ini mereka telah bertemu dalam kedua-dua perlawanan liga. Real Madrid berjaya mengikat Barcelona di Nou Camp dan menang 2-0 di Santiago Barnebeu.
Melihat 5 liga besar di eropah, La Liga dan Serie A menggunakan kaedah ini sejak lebih 30 tahun lepas.
Sementara itu Premier League, Bundesliga dan League 1 menggunakan goal difference seperti kita di Malaysia.
Apa yang menarik tentang La Liga pada masa ini, selain Real Madrid dan Barcelona terikat mata di tangga pertama dan ke-2, situasi itu juga berlaku bagi pasukan ke-3 dan ke-4.
Ia melibatkan Atletico Madrid dan Sevilla.
Bagaimanapun, bagi Atletico Madrid situasi ini tiada perbezaan kerana mereka juga menang melalui mana-mana kiraan sama ada goal difference atau head to head.
Nasib Real Madrid berada 100% ditangannya walaupun Barcelona menjaringkan 10 gol pada setiap perlawanan. Ini merupakan kelebihan ‘tak boleh bincang lagi’ berkaitan kaedah head to head. Nett.
Berbeza dengan goal difference, nasib boleh lagi ditentukan siapa lebih hebat jaring gol selepas terikat mata.
Itupun jika kedua-dua pasukan menang pada baki semua perlawanan. Ia sebenarnya agak mustahil dilakukan.
SEJARAH LA LIGA
Dalam tempoh 3 dekad, hanya sekali situasi juara dan pasukan tempat ke-2 terikat mata. Ia belaku pada musim 1993/94 iaitu 26 tahun lepas.
Kebanyakkan dari kita masih belum lahir atau belum minat bola. Astro pun belum ada lagi untuk ikut rapat pelumbaan kejuaraan tersebut. Apatah lagi Internet.
Situasi itu tidak terlalu memberi kesan kepada pasukan tangga ke-2 kerana mereka juga tidak mempunyai kelebihan goal difference.
Deportivo La Coruna ‘kalah’ dalam kedua-dua kaedah kiraan.
Rumusnya, tidak pernah berlaku juara dinobatkan melalui penentuan head to head ketika tewas goal difference.
Situasi Barcelona dan Real Madrid menang kesemua baki 8 perlawanan juga agak tipis untuk berlaku.
Namun perjalanan kedua-dua pasukan menuju ke garisan penamat akan mendapat perhatian.
Kot-kot jadi, ia akan jadi sejarah La Liga kan.
SITUASI INI -DI KEDUDUKAN LAIN- DALAM CARTA
Selama 3 dekad tadi tiada mana-mana pasukan yang mempunyai kelebihan goal difference tersingkir ke divisyen bawah selepas terikat mata.
100% pasukan relegated sudah kalah pada kriteria pertama iaitu jumlah mata. Cuma terdapat 2 kes dalam perebutan slot ke pertandingan kelab eropah.
Kes pertama belaku pada musim 2007/08 apabila Atletico Madrid meraih kelebihan ini, mengepikan Sevilla untuk meraih slot kelayakan Champions League.
Lebih manis Atletico Madrid mara sehingga peringkat kalah mati yang mana mereka tidak akan berada di kejohanan tersebut jika La Liga mengamalkan goal difference sebagai kriteria ke-2.
Satu lagi kes berlaku pada musim 2006/07 ketika Real Zaragoza (no.6) mengenepikan Atletico Madrid (no.7) bagi meraih slot UEFA Cup. Selepas itu Atletico Madrid perlu bermula di Intertoto Cup untuk bermain di UEFA Cup.
Memang ada kes-kes pasukan yang mempunyai goal difference lebih baik tetapi tewas dalam kiraan head to head. Tetapi majoritinya tidak melibatkan kedudukan penting di liga seperti juara, slot eropah dan penyingkiran.
Di Serie A juga tidak pernah berlaku bagi penentuan penting seperti itu kecuali 1 kes perebutan slot ke champions league.
Pernahkah kita melihat aksi dramatik perebutan juara, pasukan terikat mata dan juara melalui head to head walaupun mereka tewas dalam perbandingan goal difference?
Ya. Dia sangat dekat dengan kita. Ia berlaku pada Thai League 1 musim lepas.
RUMUSAN
Sejarah La Liga tidak menunjukkan perbezaan ketara tentang penggunaan kaedah head to head berbanding goal difference.
Mana-mana kaedah mempunyai kelebihan dan kelemahan sendiri.
Jika liga suka dengan goal difference, pasukan akan berentap melalui jaringan pada perlawanan seterusnya bagi menyingkirkan pesaing yang mempunyai mata sama dengannya.
Pasukan kecil selalunya menjadi mangsa dan mengurangkan keinginan untuk menewaskan pasukan besar.
Head to head pula akan mewujudkan persaingan lebih kuat diantara pasukan kuat takut mereka terikat mata.
Pasukan kuat biasanya terikat mata dengan pasukan setaraf.
Tidak apa mana-mana liga mahu gunakan kaedah mana kerana 2 kaedah ini masih lagi diamalkan oleh liga-liga besar dunia.