Real Madrid Sedang Membina Pasukan Untuk Menguasai La Liga Dan Eropah

Real Madrid kini benar benar sedia membina Galaticos baharu dengan bintang muda yang dianggap akan bertahan untuk masa yang lama sebagai satu pasukan.

Real Madrid dilaporkan hanya menunggu masa untuk mengumumkan Kylian Mbappe. Pemain itu sudah mengesahkan bahawa dia akan meninggalkan PSG akhir musim ini.

Real Madrid masih tidak mahu mengganggu fokus pasukan untuk final UCL. Itu adalah sebab utama kenapa kem Real Madrid tidak mahu bercerita atau mengumumkan tentang Mbappe ketika ini.

Selain Mbappe, seorang lagi pemain yang diidamkan oleh Real Madrid iaitu Florian Wirtz dari Bayer Leverkusen.

Pemain lincah tersebut menjadi salah seorang pemain paling cemerlang musim ini membantu Leverkusen menjadi juara liga.

Real Madrid menggunakan pendekatan yang ketika mereka berjaya meyakinkan Bellingham, Tchouameni dan Camavinga untuk menyertai mereka. Iaitu Real Madrid memberikan jaminan bahawa setiap pemain akan diberikan peluang untuk menyerlahkan diri mereka.

Selain itu Wirtz adalah sebaya dengan Bellingham dan Camavinga. Yang dianggap penting untuk membentuk gandingan jangka masa panjang.

Real Madrid sedar bahawa ianya bukan mudah untuk memujuk pemain itu datang ke Madrid. Namun mereka sedia bersabar menunggu pemain itu pada musim satu lagi. Malah Marca melaporkan bahawa Real Madrid sedia meyakinkan Wirtz bahawa mereka akan mendapatkan Xabi Alonso sebagai pengurus baharu mereka selepas musim akan datang.

Peningkatan karier pemain muda seperti Vini Jr dan juga Bellingham serta ramai pemain muda lain seperti Rodrygo, adalah antara faktor yang dianggap boleh meyakinkan Wirtz untuk menyertai mereka.

Bukan sahaja Wirtz, Real Madrid sedia mendapatkan Alphonso Davies secara percuma selepas ini. Dan kelab itu juga sudah mendapatkan Endrick sebagai bintang masa depan mereka.

Real membuka pintu kepada Rodrygo untuk mencari kelab lain kerana tiada jaminan minit permainan untuk pemain itu setelah kehadiran Mbappe. Namun Rodrygo mahu terus kekal dan sedia menjadi pemain simpanan.

Kumpulan umur pemain muda mereka yang cepat meningkat naik menjadi pemain elit termasuk penjaga gol mereka Lunin yang baru berusia 25 tahun, Real Madrid masih mampu menjuarai La Liga dan sekali lagi ke final UCL musim ini.

Kumpulan pemain muda mereka sebelum ini juga sudah menjuarai La Liga dan UCL bersama dengan bintang senior seperti Kroos dan Modric.

Pengurus Alaves, Luis Garcia Plaza menyatakan: “Dengan penandatanganan Mbappe, Real Madrid kini sedang membina pasukan yang akan mendominasi La Liga untuk tempoh yang lama.”