Real Madrid dilaporkan sedia membayar bonus tandatangan yang sangat tinggi kepada Kylian Mbappe jika pemain itu menyertai mereka musim hadapan secara percuma.
Angka itu dilaporkan sekitar €100 juta akan terus masuk ke poket Mbappe sepenuhnya jika dia berbuat demikian.
Kylian Mbappe masih tidak melanjutkan kontrak di PSG walaupun dia tidak menolak kemungkinan akan terus kekal di PSG selepas ini.
Tetapi ramai percaya Mbappe sudah memilih Real Madrid sebagai destinasi beliau yang seterusnya.
Florentino Perez sebelum ini menjadikan Mbappe sasaran utamanya sebagai pengganti sempurna kepada Cristiano Ronaldo selepas terpaksa mengakui perpindahan Eden Hazard satu bencana buat kelab.
Namun Mbappe yang sudah berjanji akan menyertai Real Madrid, membuat U-Turn dan melanjutkan kontrak dengan PSG.
Perez awalnya sangat marah, namun dia difahamkan bahawa Mbappe masih mahu datang ke Real Madrid. Maka Perez melancarkan misi memburu Mbappe buat kali kedua.
Di mana dia kali ini benar benar yakin bahawa Mbappe akan datang ke PSG. Beberapa bulan lalu dia sendiri sudah memberikan bayangan bahawa Mbappe akan ke Madrid.
Komennya itu membuatkan Nasser Al Khelaifi bengang dan mahu UEFA mengambil tindakan ke atas Real Madrid.
Mbappe yang sebelum ini digantung oleh PSG kerana enggan mengaktifkan klausa lanjutkan khas sehingga 2025. Kontrak wajibnya sehingga akhir musim ini iaitu pada Jun 2024.
Mbappe sudah berjumpa dengan pengurusan tertinggi PSG dan menyatakan bahawa dia tak pernah merancang untuk kekal di PSG sehingga 2025. Komen itu membuatkan Al Khelaifi meroyan dan mengarahkan sama ada Mbappe melanjutkan kontrak atau dia perlu dijual.
Khelaifi menuduh Mbappe telah mungkir janji kerana dia sendiri diperkenalkan kepada peminat dengan jersi 2025.
Lalu pemain itu harus memilih sama ada dia perlu berambus segera jika tidak mahu mengaktifkan klausa itu.
Mbappe pula enggan pergi dan mahu kekal sehingga tamat musim ini. Al Khelaifi menuduh Mbappe sebagai cuba pergi secara percuma untuk mendapatkan wang tandatangan kontrak di Real Madrid.
Selain itu PSG perlu membayar klausa kesetiaan sehingga €100 juta kepada Mbappe apabila dia kekal di kelab itu pada jendela perpindahan pra musim lalu.
PSG mendesak Mbappe menerima perpindahan ke Arab Saudi namun ditolak oleh pemain itu.
Setelah konflik berminggu minggu dengan Mbappe, Nasser bersemuka dengan pemain itu dan mencapai penyelesaian secara gentleman agreement.
Di mana Mbappe dikatakan sedia untuk melepaskan semua bonus kesetiannya kepada PSG. Di mana kelab itu secara teknikalnya berhutang dengannya wang itu.
Dia tidak akan menuntut sesen pun bonus itu jika dia pergi pada akhir musim ini.
Nasser Al Khelaifi kemudian setuju untuk menamatkan penggantungan Mbappe dan dia kembali ke pangkuan pasukan utama PSG.
Kini Real Madrid sedia menggantikan bonus kesetiaan yang Mbappe lepaskan itu dengan bonus tandatangan kontrak di Real Madrid.
Real Madrid percaya Mbappe akan datang pada masa yang tepat musim hadapan. Kerana kelab dalam proses penstrukturan kewangan pada musim ini akibat daripada perbelanjaan yang tinggi untuk pembangunan stadium mereka.
Dengan Benzema yang sudah pergi ke Liga Arab Saudi, maka inilah masa terbaik untuk Mbappe pula menjadi ‘wajah utama’ pasukan di Bernabeu.
Real Madrid juga sedar bahawa gaji Mbappe sangat tinggi di PSG.
Di mana pemain itu menerima sekitar €23 juta semusim di PSG. Kira kira hampir 2 kali ganda gaji tertinggi di kelab mereka yang diterima Vini Jr dan Jude Bellingham dengan gaji €12 juta semusim.