Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi.

Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan UCL itu memang sinonim. Sebab itulah mereka ada 14 trofi UCL.

Impian Man City untuk mengulangi pencapaian treble musim lalu kini musnah. Dan skuad Guardiola kini tinggal 2 pertandingan sahaja lagi untuk mereka cuba menangi.

Carlo Ancelotti membuktikan bahawa dia masih memiliki sentuhan istimewa di pentas UCL sebagai satu satunya pengurus yang menjurai pertandingan ini empat kali.

Kedua dua pasukan terikat 3-3 pada perlawanan pertama yang sarat dengan gol cantik.

Rodrygo membuka tirai jaringan pada minit ke-12. Namun Kevin De Bruyne menyamakan pada minit ke-74.

Kedua dua pasukan kemudian terpaksa bertarung sehingga ke penentuan sepakan penalti.

Real Madrid menang 4-3 menerusi penentuan penalti. Membalas dendam kekalahan mereka 0-4 musim lalu di Bernabeu di tangan Man City dalam aksi separuh akhir, yang menyaksikan City mara ke final dan bergelar juara.

Man City pastinya harus menyalahkan diri mereka. Memiliki 33 percubaan secara keseluruhan dalam perlawanan ini. Sedangkan Real Madrid hanya ada 8 sahaja.

Man City turut menguasai sebahagian besar perlawanan pada kali ini.

Lunin terus menjadi penjaga gol yang cemerlang buat Real Madrid sepanjang ketiadaan Courtois musim ini kerana kecederaan.

Dalam penentuan penalti, Ederson awalnya menyelamatkan penalti Luka Modric. Namun Bernardo Silva melakukan penalti tidak bermaya yang diselamatkan oleh Lunin.

Kemudian Kovacic pula gagal menewaskan Lunin yang melakukan penyelamatan hebat.

Seterusnya Rudiger memastikan Real Marid mara ke separuh akhir dengan penalti penentu yang cantik.

Saksikan rangkuman aksi di sini:

Baca yang lain