Real Madrid Tak Akan Bayar £50 Juta Untuk Davies

Real Madrid menegaskan bahawa mereka tidak akan melayan permintaan harga untuk pemain yang memasuki tahun akhir kontrak mereka.

Real Madrid sebelum ini pernah membayar £120 juta untuk Eden Hazard yang hanya beberapa bulan sahaja lagi menjadi ejen bebas.

Namun sejak itu polisi perpindahan Real Madrid berubah. Mereka tidak akan melayan permintaan harga tak masuk akan terutama sekali apabila seseorang pemain itu dilihat tidak akan melanjutkan kontrak mereka.

Real Madrid menolak untuk membayar £50 juta untuk Leny Yoro sebelum ini seperti yang diminta oleh Lille.

Akhirnya Madrid terlepas Yoro yang memilih Man United. Selepas kelab itu setuju membayar £50 juta dan menawarkan gaji sangat tinggi buat pemain muda itu.

Dan terbaru mereka tidak akan membayar £50 juta yang diminta Bayern untuk Alphonso Davies.

Pemain itu masih belum melanjutkan kontraknya dan akan menjadi percuma musim 2025/26.

Jadi Real Madrid akan menunggu pemain itu menjadi percuma dan cuba mendapatkan kesepakatan pra kontrak pada Januari 2025.

Real Madrid hanya akan membeli Davies dengan nilai sekitar £25 juta, dan ianya dianggap tawaran terbaik yang Real Madrid boleh tawarkan kepada Bayern Munich.

Real Madrid sebelum ini mendapatkan David Alaba secara percuma, dan juga Antonio Rudiger juga secara percuma. Mereka yakin akan dapat menarik minat Davies menyertai mereka.

Terutama sekali dengan adanya Kylian Mbappe yang akan menjadi tunjang baharu projek sukan di kelab itu.