Real Madrid Tak Berminat Dengan Martial Dan Umum Tutup Jendela Perpindahan Masuk

Real Madrid baru baru ini berdepan dengan isu squad depth di serangan. Selepas kehilangan Karim Benzema, mereka menghadapi kehilangan Vinicius Jr kerana kecederaan.

Bagi tempat Benzema, Real Madrid pernah bercadang mendapatkan Dusan Vlahovic. Namun rundingan menjadi sangat rumit.

Pemain itu tidak begitu berminat datang ke Real Madrid kerana merasakan dia cuma perancangan jangka pendek di Real Madrid sebelum mendapatkan Mbappe.

Kemudian Juventus meminta harga €90 juta untuk pemain yang mereka sendiri mahu singkirkan itu kerana Max Allegri tidak begitu gemar dengan Vlahovic.

Carlo Ancelotti bagaimanapun yakin bahawa kehilangan Benzema bukan masalah terlalu besar untuk mereka kerana mereka masih ada bakat elit seperti Vini Jr.

Namun kemudian pemain itu pula cederan.

Laporan dari UK menyebut, Manchester United bermurah hati untuk membantu Real Madrid bagi menyelesaikan krisis serangan mereka dengan sanggup menerima harga rahmah untuk Anthony Martial.

United menawarkan Real Madrid pemain asal Perancis itu kepada Real Madrid untuk mengisi ketiadaan Vini Jr dan Benzema. Memandangkan Martial boleh bermain sebagai sayap kiri dan no.9.

United menegaskan mereka sedia menerima sekitar €15 juta sahaja. Sedangkan mereka membeli pemain itu €45 juta sebelum ini.

Malang sekali Real Madrid tidak berminat dengan cadangan itu dan menyatakan bahawa jendela perpindahan masuk untuk kelab itu sudah ditutup.

Ancelotti menyatakan dia yakin dengan kualiti yang ada pada Rodrygo, Joselu dan Brahim Diaz di jentera serangan mereka.

Ancelotti juga menyatakan bahawa pemain seperti Federico Valverde juga boleh bermain di posisi yang lebih tinggi atas padang.

Dia yakin Vini Jr akan kembali segera kerana kecederaan pemain itu tidaklah serius.

Di bahagian tengah Real Madrid memiliki Jude Bellingham yang memiliki ketajaman di hadapan gol.

Martial masih lagi menjadi pemain yang gagal memahatkan namanya sebagai kesebelasan utama secara konsisten. Sebelum ini Martial pernah menyatakan dia mahu meninggalkan Man United.

Namun perlantikan Ten Hag membuatkan pemain itu berubah hati. Dia cemerlang pada aksi pra musim pertama di bawah Ten Hag pada musim lalu.

Kemudian dia juga menjadi pilihan utama dalam aksi awal United. Malangnya kecederaan membuatkan dia kehilangan tempat.

Ketika dia kembali dia terus gagal mendapat tempat. Dia antara nama yang dalam senarai untuk dijual selain daripada Scott McTominay, Harry Maguire dan beberapa nama lagi.

Baca yang lain