Real Madrid dilaporkan telah memutuskan untuk menarik diri daripada menandatangani Kylian Mbappe. Ini selepas pemain itu bersikap diva.
Beberapa laporan termasuk dari L’Equipe mendedahkan bahawa Mbappe semakin besar kepala.
Mbappe baru baru ini menyatakan hasratnya untuk meninggalkan PSG kerana banyak perkara yang dia tak puas hati.
Antaranya PSG dituduhnya ingkar dengan janji mereka mahu menjadikan Mbappe bintang utama paling berpengaruh di PSG.
Namun Mbappe dikatakan melihat Lionel Messi pula paling berkuasa. Pemain pemain lain lebih menganggap Messi sebagai bintang utama mereka dan menghormati pemain itu lebih daripadanya.
Beberapa bulan lalu Mbappe dikatakan mencadangkan agar beberapa pemain Argentina dijual atau dilepaskan untuk mengawal pengaruh Messi. Antaranya Paredes dan Icardi. Paredes baru baru ini dalam satu temubual dengan wartawan kelihatan tidak berminat mengulas tentang Mbappe.
Meningkatkan lagi spekulasi bahawa pemain itu antara pemain yang dicadangkan Mbappe untuk dijual.
Selain itu Mbappe juga tidak berpuas hati dengan kelab yang tidak menandatangani seorang no.9 dan seorang bek tengah seperti dijanjikan kepadanya ketika dia menandatangani kontrak baharu.
Mbappe tidak suka bermain di posisi no.9 kerana kurang kebebasan. Dia mengkritik taktikal Christophe Galtier secara terbuka dan membandingkan peranannya di PSG dengan di Perancis.
Menurut Mbappe di Perancis dia lebih bebas bergandingan dengan no.9 seperti Giroud. Galtier mendengar luahan pemain itu dan menyatakan mereka memang sedang mencari pemain no.9 namun masih belum menemui yang benar benar sesuai.
Wartawan dari Perancis turut mendedahkan bahawa Mbappe benar benar kecewa dengan situasi yang ada di PSG. Di mana dia menagih janji PSG kepadanya untuk menjadikannya sangat berkuasa di bilik persalinan.
Dia juga diberikan kuasa menentukan jual beli pemain serta pemilihan jurulatih. Dia antara sebab Pochettino dipecat dan begitu juga Leonardo yang dipecat sebagai pengarah sukan.
Mbappe meminta kelab melantik Campos sebagai Pengarah Sukan baharu. Bekas ketua scouting di Monaco dan orang yang menemui bakat Mbappe.
Selepas segala cerita Mbappe ini muncul. Real Madrid mulai dikaitkan dengan Mbappe. Walaupun kelab itu dikatakan tidak sanggup membayar €300 juta untuk membeli Mbappe.
Tetapi segalanya boleh terjadi jika Mbappe meminta untuk dijual. Seterusnya Mbappe ada kontrak 3 tahun. Yang sebenarnya, kontrak 2 tahun adalah mutlak dan setahun lagi pilihan yang boleh diaktifkan Mbappe sendiri.
Jadi Mbappe boleh menjadi ejen bebas pada musim panas 2024.
Namun kini Real Madrid menerusi lembaga pengarahnya tidak bersetuju dengan idea menandatangani Mbappe. Hal ini kerana mereka tidak mahu pemain yang bersikap lebih besar daripada kelab.
(🌕) Real Madrid is not thinking of resuming negotiations for Mbappé. They consider his behavior unacceptable and bad in the dressing room and his requests are extravagant. @MarioCortegana #Transfers 🇫🇷⛔️
— Los Blancos Live (@TheBlancosLive) October 14, 2022
Selain itu Real Madrid juga masih kecewa dengan Mbappe yang tiba tiba u turn kepada mereka dengan kembali ke PSG.
Real Madrid aren't considering another move for Kylian Mbappe after they were scorned by his last-minute U-turn in the summer transfer window, sources have told ESPN. pic.twitter.com/wzPtKZULex
— ESPN FC (@ESPNFC) October 14, 2022
Bukan sahaja Mbappe, Real Madrid ketika itu turut discam Luis Campos yang tiba tiba menolak tawaran mereka untuk menyertai PSG.
🚨🌕| Luis Campos had a deal 100% agreed with Real Madrid last summer, but he changed his mind when PSG promised him more money & power. @MarioCortegana @4amigospodcast
— Madrid Zone (@theMadridZone) October 14, 2022
Walaubagaimanapun, ESPN menegaskan bahawa Real Madrid tidak menolak sepenuhnya peluang tersebut di masa akan datang. Jika Mbappe berubah sikap atau tidak meminta kuasa melebihi kelab.