‘Real Madrid Tak Gentle’, Selaku Peminat Real Madrid, Javier Tebas Kritik Tindakan Kelab Itu

Selaku penyokong tegar Real Madrid, Javier Tebas akui kecewa dengan sikap kelab itu. Presiden La Liga itu mengkritik tindakan Real Madrid memboikot majlis Ballon d’Or sebagai tindakan yang menunjukkan mereka tidak dapat menerima kekalahan dengan cara seorang gentleman.

Real Madrid baru baru ini memboikot Ballon d’Or selepas mendapat tahu bahawa Vinicius Jr tak akan menang. Vinicius terlebih dahulu memaklumkan kepada rakan rakannya bahawa dia tak jadi pergi ke majlis itu kerana kecewa.

Kem Real Madrid ternyata kecewa dengan keputusan itu walaupun ada ramai pemain mereka bersaing untuk 5 teratas termasuk Jude Bellingham, Dani Carvajal, Kylian Mbappe dan juga Vinicius sendiri.

Seterusnya, Kylian Mbappe juga terikat bersama Harry Kane untuk anugerah Gerd Muller. Selain itu, Carlo Ancelotti dicalonkan sebagai jurulatih terbaik. Dan Real Madrid terlebih dahulu diumumkan sebagai kelab lelaki terbaik dunia.

Javier Tebas akui dia adalah penyokong Real Madrid, dan dia tak menyokong tindakan Real Madrid yang memboikot acara itu.

“Saya seorang penyokong Real Madrid. Nilai paling penting ada pada kelab ini adalah menjadi seorang yang gentleman, dan berjabat tangan apabila kamu kalah.

“Saya rasa Real Madrid dab hilang semangat itu sejak beberapa tahun dahulu.”

Baru baru ini Vinicius Jr menyatakan dia akan melakukan 10 kali ganda selepas ini, walaupun dia ditentang. Kem Vinicius menyatakan komen itu merujuk kepada kelantangannya dalam menentang perkauman.

Vini percaya dia gagal menang Ballon d’Or kerana dia terlalu lantang bersuara tentang isu perkauman.