Real Madrid Tawarkan Hazard + Cash Bagi Dapatkan Salah Yang Masih Tak Lanjutkan Kontrak

Bukanlah perkara baru mendengar Mohamed Salah berada dalam radar Real Madrid. Malah sebelum ini pemain Mesir itu sudah menjadi sasaran pasukan Los Blancos.

Dan terkini Real Madrid sedia menawarkan Eden Hazard untuk ditukar ganti dengan Salah, dengan Real Madrid akan menambah wang.

Salah terus menunjukkan prestasi yang memukau pada musim ini. Di mana dalam aksi Sabtu lalu, beliau melakukan assist cantik kepada Sadio Mane, disusuli dengan gol yang sangat memukau ketika Liverpool membelasah Watford.

Menjadikan Mo Salah kini salah seorang pemain terbaik di dunia pada prestasi semasanya.

Salah masih belum melanjutkan kontrak di Anfield. Terdapat laporan menyatakan bahawa Salah meminta gaji  £500,000 seminggu di Anfield.

Real Madrid merasakan bahawa mereka mampu untuk menarik Mo Salah ke kelab mereka selepas tidak berbelanja besar dalam dua musim ini.

Menurut koresponden Ekrem Konur, Real Madrid yakin Liverpool akan tertarik dengan tawaran mereka, jika Salah terus tidak melanjutkan kontraknya.

Di mana Eden Hazard akan berpindah ke Anfield dan Salah ke Bernabeu.

Sejak menyertai Real Madrid, karier Hazard tidak seperti di Chelsea. Di mana beliau bergelut dengan prestasi serta masalah kecergasan.

Hazard menyerta Real Madrid pada 2019 dengan nilai perpindahan €100 juta.

Hazard setahun setengah lebih tua daripada Salah, kini dilihat tidak mampu untuk mendapatkan semula prestas kemuncaknya. Dan Real Madrid mahukan Salah yang masih ada peak.

Selain daripada Mo Salah, Real Madrid masih berharap mereka akan mendapatkan Kylian Mbappe secara percuma. Jika itu menjadi kenyataan, Real Madrid akan membentuk gandingan luar biasa di serangan.

Mereka boleh menjadikan Mbappe dan Salah sebagai pasangan sayap di kiri dan kanan.

Ataupun Mbappe menjadi no.9 dengan Vinicius terus diberikan kepercayaan bergandingan dengan Mo Salah.

Bukan itu sahaja, Real Madrid malah dikatakan masih mengintai peluang untuk mendapatkan Erling Haaland agar datang ke kelab mereka. Haaland dianggap pengganti Benzema pada masa panjang. Mungkin bukan dalam musim hadapan, tetapi dalam musim berikutnya.

Adakah Liverpool akan melepaskan Mohamed Salah ke Real Madrid dan menerima tawaran tersebut?

Salah sudah memahatkan namanya sebagai legenda hidup di Anfield. Beliau sudah menjaringkan lebih 100 gol untuk The Reds.

Sudah membantu Liverpool menjuarai UCL dan juga Liga Perdana Inggeris.

Baca yang lain