Real Madrid TV Bantai Xavi Sebagai Buka Pekung Sendiri

Media rasmi Real Madrid iaitu Real Madrid TV atau RMTV telah menyindir balik Xavi setelah pengurus Barca itu menuduh pengadil sentiasa membantu Los Blancos.

Baru baru ini Xavi Hernandez memberikan komen tentang mutu pengadilan melibatkan perlawanan di tempat lain iaitu untuk akasi Real Madrid dan Almeria.

Di mana dia berkata sangat sukar untuk Barcelona nak menang liga di Sepanyol kerana pengadil dan VAR berterusan membantu dan memihak kepada Real Madrid.

Sebaliknya Barcelona telah dinafikan sekurang kurangnya enam mata kerana kesilapan pengadil menurut pengurus itu.

Xavi menganggap ada perkara yang di luar kawalan mereka. Iaitu pengadil yang berpihak kepada Real Madrid. Walaupun Barcelona boleh mengawal aspek seperti prestasi permainan, namun itu tidak berguna kalau pengadil terus di pihak Real Madrid.

Dalam aksi berdepan Almeria, pengadil membuat beberapa kontroversi yang membolehkan Real Madrid bangkit daripada ketinggalan 2 gol dan menang 3-2. Terutama sekali penalti pada masa kecederaan yang disempurnakan Dani Carvajal.

Xavi berkata: “Madrid? Pengadil? Saya dah tengok dah. Kalau kita cakap pasal itu, kita akan dihukum, tapi semua orang pun tengok dengan mata sendiri kan. Saya dah cakap perkara ini sejak lawan Getafe lagi, ada perkara yang tidak kena pada pandangan saya.

“Sangat sukar untuk memenangi liga di sini. Ada perkara yang di luar kawalan kita. Dan ianya dah dilihat sendiri semua orang.”

Kenyataan Xavi itu membuatkan RMTV menuduh pengurus itu sebagai cakap tak serupa bikin. Sambil mengingatkan Xavi bahawa kelabnya yang selama ini membayar pengadil.

Dan kes melibatkan Barcelona serta Negreira sedang dalam siasatan.

RMTV menuerusi Pengarahnya, Jesus Alcaide menulis: “Dalam dunia yang ibarat roda, ada burung cuba menembak senapang patah. Dan hakikatnya adalahm Xavi bersuara di khalayak umum membuat kenyataan ini, ianya bukan perkara yang mengejutkan.

“Ada sesuatu yang berlaku di sebalik layar kabur itu, dan dia sangat arif tentang perkara ini.”

Seterusnya RMTV menyatakan mereka kagum dengan keberanian Xavi cuba bercakap tentang pengadil yang membantu kelab lain. Sedangkan Ancelotti sendiri tak pernah berminat bercerita tentangnya apatah lagi mahu menyebut tentang kes Barca dan Negreira.

“Ancelotti cuba mengelak daripada memberikan komen, dan Xavi pula tanpa segan silu terhegeh hegeh bercakap tentangnya, ini satu keajaiban.”

“Xavi ada 600 perlawanan yang dia mainkan bersama Barcelona, kini sedang dalam siasatan dan disyaki. Hakim, pendakwaraya yang berkata begitu…

“Agak musykil bagaimana Xavi boleh tahu ada perkara yang pelik berlaku dalam La Liga. Dan ianya seperti perkara yang sudah biasa berlaku ketika dia bermain sepanjang kariernya selama 20 tahun.

“Kelabnya telah membayar timbalan presiden jawatankuasa pengadil sebanyak 8 juta euro, ketika Xavi masih bermain dahulu. Dan saya katakan ianya berlaku sepanjang karier Xavi selama 20 tahu, kamu dah kira dah, sebanyak 600 perlawanan dalam perlawanan Encik Xavi Hernandez bersama Barcelona, bersama sama dengan piala piala yang mereka miliki.

“Ini bukan kami yang kata ya, ini adalah apa yang hakim, pendakwaraya dan penguatkuasa yang kata. 600 perlawanan itu disyaki ada skandal. Inilah realitinya bahawa kelab dia yang sebenarnya tengah didakwa. Sepanjang karier Xavi bermain untuk Barcelona kini disiasat.

“Musim Barcelona tidak seperti yang mereka harapkan. Mereka 7 mata di bawah kami, mereka ada beberapa masalah untuk melepasi cabaran pasukan kerdil, di mana pasukan kerdil ini pun Encik Xavi boleh bergaduh dengan mereka, pasukan kerdil seperti Barbastro, pasukan yang hampir menyingkirkan mereka.

Alcaide kemudian menegaskan bahawa Xavi juga semakin koyak selepas Barca kalah 4-1 dalam aksi final Copa Del Rey baru baru ini.

“Perlawanan itu seluruh planet ini menyaksikan sendiri apa yang Barcelona lakukan atas padang dan bagaiman Madrid bermain.

Alcaide menegaskan bahawa Xavi sebenarnya telah melondehkan aib kelab dia sendiri yang kini sedang bergelut untuk mempertahankan diri mereka daripada skandal bayar pengadil.