Real Madrid Umum Vinicius Kini Warganegara Sepanyol, Kosongkan 1 Slot Non-EU

Real Madrid telah mengumumkan bahawa salah seorang pemain mereka, Vinicius Junior, kini telah memperoleh kerakyatan Sepanyol. Berita tersebut diumumkan oleh akaun media sosial rasmi kelab tersebut pada Isini.

“Real Madrid C.F. mengumumkan bahawa pemain Brazil kami, Vinicius Junior, bersumpah taat setia kepada Perlembagaan Sepanyol pada hari Jumaat 2 September, dengan itu memperoleh kerakyatan Sepanyol,” tulis pernyataan tersebut.

Vinicius Junior sendiri dilahirkan di São Gonçalo, Brazil, pada 12 Julai 2000. Setakat ini, bekas pemain sayap Flamengo itu telah bermain 14 penampilan dan menjaringkan 1 gol untuk pasukan kebangsaan Brazil senior.

Dengan status kerakyatan terbaru ini, bermakna Vinicius Jr berada dalam kuota pemain EU. Bermakna mereka akan boleh mendapatkan seorang lagi pemain bukan EU ataupun bahasa mudahnya, bukan dari kalangan negara Eropah yang berada dalam kesatuan EU.

Salah satu sebab kenapa Real Madrid gagal meneruskan rundingan Gabriel Jesus adalah kerana kuota pemain bukan EU mereka yang sudah penuh.

Malah selepas kehilangan Casemiro, Real Madrid dikaitkan dengan Bruno Guimaraes yang dikatakan sudah memiliki dua kerakyatan iaitu Sepanyol dan Brazil.

Real Madrid Xtra turut melaporkan bahawa dua lagi pemainnya sedang dalam proses mengambil ujian untuk pasport Sepanyol iaitu Rodrygo dan Eder Militao.

Pada suatu ketika dahulu terdapat Lionel Messi yang merupakan pemain berdarah Argentina, bintang Barcelona itu mendapat kerakyatan Sepanyol pada tahun 2005 dan hampir sahaja mewakili Sepanyol.

Tetapi selepas memikirkan tentang asal usul dan neneknya, Lionel Messi mewakili Argentina di peringkat antarabangsa.

Jadi, perkara yang sama berlaku kepada Vinicius, tiada masalah untuk pemain itu untuk terus mewakili Brazil.

Casemiro juga antara pemain yang memiliki 2 kerakyatan. Pada masa lalu, Roberto Carlos antara seorang lagi contoh pemain yang sudah mendapat kerakyatan Sepanyol dan didaftarkan sebagai pemain EU.

Vinicius Jr meningkat naik dengan mendadak di bawah kendalian Carlo Ancelotti dan menjadi nadi penting pasukan tersebut dalam menjuarai La Liga dan Liga Juara Juara Eropah musim lalu.

Baca yang lain