Real Sociedad ‘Sahkan’ Odegaard Ke Man City, Tetapi….

Real Sociedad baru sahaja mengesahkan bahawa pemain sensasi mereka Martin Odegaard telah sah menyertai Manchester City sebagai pemain pinjaman.

Pengumuman itu mendapat perhatian banyak pihak di seluruh dunia.

Ada yang menganggap Manchester City sangat terdesak mahukan pemain baharu untuk mengejar pasukan Liverpool dalam persaingan liga.

Manchester City ketika ini ketinggalan 14 mata daripada Liverpool dalam saingan liga. Ianya gara-gara pasukan Manchester City tewas 2-3 di tangan Wolves dalam aksi semalam.

Berita perpindahan pemain sensasi itu turut dihebahkan kepada umum oleh media rasmi Real Sociedad.

Ya! apa yang anda tengok di atas adalah kenyataan media daripada akaun Twitter yang ada pengesahan blue-tick.

Ini adalah tangkap layar daripada kenyataan rasmi yang dimuat naik dalam laman rasmi kelab.

Namun sebenarnya pengumuman ini hanyalah fake! Tidak benar. Hanya dusta semata.

Mesti korang tertanya-tanya, bagaimana ia boleh jadi fake?

Jikalau media rasmi menggunakan akaun rasmi kelab mengumumkan perpindahan tersebut?

Jika di negara lain ada April Fool day, di Sepanyol pula, mereka meraikan hari yang sama pada setiap 28 Disember.

Ia adalah hari gurauan mereka di Sepanyol ataupun hari prank sesama mereka. Jangan kau tekono dah.

Real Sociedad sengaja berjenaka dah makan prank yang sangat real sempena hari prank tersebut.

Ramai juga yang terkena termasuk aku pada awalnya. Adoi.

Harap Spurs balas balik umum Harry Kane ke Real Madrid.

Baca yang lain