Rebecca Loos Kecewa Beckham ‘Play Victim’ Dalam Kisah Skandal Mereka

Kisah Beckham skandal dengan Rebecca Loos dulu memang sangat sensasi dan panas. Sampai satu ketika rumah tangga Beckham hampir retak kerananya. Ianya turut dibincangkan Beckham dalam dokumentari tentang beliau di Netflix.

Namun begitu bekas skandal Beckham itu menuduh legenda berusia 49 tahun itu sebagai cuba berlagak menjadi mangsa / play victim dalam hubungan terlarang mereka.

Loos melabel Beckham sebagai seorang yang cuba menjadikan dia sebagai penipu yang menjual cerita kepada media dan seolah olah hanya Loos sahaja yang menyakiti hati Victoria.

Rebecca Loos yang ketika itu merupakan seorang model telah dilantik oleh Beckham untuk menjadi pembantu peribadinya. Dan hubungan mereka semakin intim menurut Loos sehinggakan Beckham dan dia melampaui batas lebih daripada sekadar hubungan profesional.

Dalam dokumentari tersebut, Beckham menafikan bahawa dia serius mengejar cinta Loos di luar rumahnya. Membuatkan Rebecca Loos memberikan komen: “Saya faham dia nak jaga imej dan air muka dia selaku orang terkenal. Namun dia mengibaratkan bahawa dia seorang mangsa dan membuatkan saya seperti seorang penipu pula.”

“Saya menerima banyak sekali komen kebencian daripada orang ramai. Dia seolah oleh memberitahu dunia bahawa saya ni mereka reka cerita yang teruk. Itu saja. ‘Oh kesian dia [Beckham] dan dia benar benar menderita sedangkan dia tidak ada kaitan’.”

Rebecca Loos mendedahkan bahawa dia dan Beckham kerap berhubung termasuk berkongsi mesej lucah antara satu sama lain. Mereka jarang berjumpa kerana Beckham kan laki orang.

Pada 2004, Loos memberitahu Sky: “Kamu kena ingat, dia tu laki orang kak oi. Kalau hari tu dia meluangkan masa makan tengah hari dengan Victoria, takkan kau nak tunggu dia datang jumpa kau hari yang sama? Menang idok ler.”

Loos pada masa itu mendedahkan akhirnya dia semakin sedar bahawa dia seperti seorang pelacur bukannya pegawai peribadi Beckham. Di mana pemain itu seringkali menjemputnya ke hotel dan semakin kerap mereka berasmaradana.

“Hubungan kami menjadi lebih fizikal. Dan kami hanya bercakap soal benda benda lucah je. Saya datang ke hotel dia sebelum perlawanan. Teruja betul rasanya, nak jumpa Beckham dan melihat dia buka baju. Kami selalunya ambil masa setengah jam. Kemudian saya mulai rasa diri saya ni murahan, macam pelacur, rasa dipergunakan.”

Beckham menerusi dokumentari itu menyatakan dia cukup terkesan melihat Victoria menderita kecewa selepas Rebecca Loos mendedahkan kepada dunia kisah cinta dia dan Beckham.

Beck berkata: “Saya tak tahu bagaimana cara kami dapat melalui semua ini dengan kejujuran sepenuhnya antara kami. Victoria adalah segalanya buat saya. Melihat dia menangis adalah perkara yang sangat sukar bagi saya. Namun kami berdua adalah pejuang sejati.”

“Kami harus berjuang untuk satu sama lain dan keluarga kami. Apa yang kami miliki, selayaknya untuk kami perjuangkan.”

Rebecca Loos menegaskan bahawa kenyataan Beckham itu seolah olah hanya dia seorang yang membuatkan Victoria menderita, sedangkan Beckham pun sama.

Loos menambah: “Cerita dia ni teruk benar. Dia cakap dalam dokumentari tu pasal kehidupan mereka sekeluarga sangat tertutup, mereka tak dedahkan kepada umum, itu betullah.”

“Dialah orang yang menyebabkan isteri dia menderita. Dan dialah orang yang patut bertanggungjawab. ”

“Kalau dia tidak menceritakan hal ini, dan berkata, ini detik sukar buat kami dan kami sudah melupakannya. Maka saya tak akan berada di sini [membuat penjelasan mempertahankan diri] hari ini.”

“Dia adalah orang yang bertanggungjawab di atas semua perkara yang berlaku ini. Dia orang yang bertanggungjawab menyebabkan isteri dia menderita. Dia orang yang memutuskan untuk menipu isterinya dan berkata, ‘kita perlu merahsiakannya daripada isteri saya’. Dia yang membuat pilihan ini semua.”

“Perkara yang benar benar mengganggu saya dalam dokumentari itu apabila dia cakap, dia benar benar sedih melihat isteri dia menderita. Sedangkan dia sendiri yang menjadi punca.”

“Ianya membuatkan saya berfikir dalam beberapa hari ini. Sama ada saya perlu bercakap atau tak. Kalau saya berterusan berdiam diri maka orang akan terus anggap saya ni penipu dan membuat buat cerita.”

“Saya pun ada keluarga dan ada anak. Mereka pun pakai google dan menonton dokumentari itu. Saya nak mereka tahu, emak mereka ni, cukup berani untuk mempertahankan mereka dan berani mempertahankan kebenaran.”

Rebecca Loose merupakan influencer untuk kehidupan yang sihat. Dia sekarang tinggal bersama suaminya yang merupakan doktor di Norway iaitu Sven Christjar Skaiaa. Mereka berkahwin pada 2012 dan mempunyai 2 orang anak lelaki.

David dan Victoria sudah berkahwin selama 24 tahun dan ada anak Brooklyn, 24; Romeo, 21; Cruz, 18; serta anak perempuan 12 tahun Harper.