Rebic Membantu Kanak Kanak Autisme Dan Membayar Hutang Kesemua Penduduk Kampungnya

Bintang AC Milan, Ante Rebic melakukan kebaikan terpuji. Ini apabila beliau mendermakan EUR10,000 kepada Golden Sequin di Slavonski Brod. Wang itu digunakan untuk menambah baik fasiliti dan membeli peralatan rehabilitasi untuk kanak kanak di sana.

Golden Sequin merupakan pusat rehabilitasi dan pusat bimbingan bagi kanak kanak mengidap autisme.

Golden Sequin berkata: “Terima kasih atas sumbangan daripada Ante Rebic. Sokongan secara kewangan yang diberikannya telah membantu kami.”

“Dan kami berharap menjelang musim panas ini kami akan mampu menambah beberapa fasiliti di pusat kami.”

“Sebenarnya, beberapa bulan lalu kami berdepan dengan cabaran getir terutama sekali dari segi kewangan.”

Doktor di Golden Sequin, Іlіја Јеrkоvіс berkata:

“Kami sangat sangat berterima kasih kepada Ante Rebic di atas sikap terpujinya dan sokongan kewangan yang sangat besar diberikannya kepada kami. Terima kasih juga kepada Dalmatia, rakan baik Rebic yang memberitahu tentang kami kepadanya.”

“Pusat Golden Sequin boleh menempatkan kira kira 220 kanak kanak dan merupakan pertubuhan kebajikan yang tidak bermotifkan keuntungan. Ibu bapa yang memerlukan bantuan kami boleh datang mencari kami.”

Golden Sequin sudah lama bertapak. Dan mereka sudah beberapa kali berdepan dengan masalah kewangan. Ditambah dengan situasi semasa wabak di dunia, Golden Sequin turut terkesan.

Rebic mulai rapat dengan pusat tersebut selepas tamat Piala Dunia Rusia. Dan beliau seringkali membantu mereka untuk membeli beberapa peralatan baharu.

Dan ini bukan pertama kali Rebic menunjukkan kemurahan hatinya. Selepas tamat Piala Dunia 2018, outlet media di Austria melaporkan bahawa Rebic telah membantu membayar hutang kesemua  penduduk di kampungnya. Perkara itu didedahkan oleh rakan baiknya Lоvrо Šіndіk.

Terdapat kira kira 500 penduduk di kampungnya.

Rebic tidak mahu diketahui oleh media dan melakukannya  secara senyap senyap. Tidak lama selepas itu, Rebic menaja rawatan kanak kanak berusia 2 tahun Міlе Rоnсеvіс yang menderita lеukеmіа.

Rebic kini bermain untuk salah sebuah kelab legenda di Eropah iaitu AC Milan. Beliau menjadi pemain penting Milan dalam pemburuan Serie A pertama mereka sejak 2010/11.

Baca yang lain