RED FLAG: Hafizh Syahrin Terlibat Kemalangan Melibatkan 4 Pelumba, Namun Dalam Keadaan Sedarkan Diri

Khabar kurang gembira dari Moto2 apabila pelumba negara kita Hafizh Syahrin antara yang terlibat kemalangan ketika sedang berlumba dalam GP Austria 2020.

Bendera merah terpaksa dikibarkan untuk memastikan bantuan kecemasan diberikan dan litar dibersihkan.

Kemalangan tersebut melibatkan 4 pelumba iaitu Enea Bastianini, Edgar Pons, Hafizh Syahrin dan Andi Farid Izdihar.

Bastianini hilang kawalan dan motosikalnya terjatuh. Bastianini bingkas keluar dari trek.

Keadaan menjadi semakin cemas apabila kelompok pelumba belakang tiba di kawasan dengan kelajuan yang tinggi

Hafizh Syahrin merempuh motosikal Batiastini yang sudah terlebih dahulu terjatuh di atas permukaan trek.

Ambulans dikejarkan ke tempat kejadian. Apapun Pescao tidak dilanggar ataupun dirempuh pelumba lain yang berjaya mengelaknya ketika beliau terbaring di atas trek.

Kerana impak paling teruk adalah pelumba dirempuh oleh motosikal pelumba lain.

Bastianini hanya mampu melihat ke arah skrin dan berharap pelumba lain tidak cedera teruk selepas kemalangan berpunca daripada motosikalnya.

MotoGP mengesahkan bahawa kesemua 4 pelumba yang terlibat dalam kemalangan dalam kondisi sedarkan diri. Itu khabar yang baik daripada berita yang tidak baik ini.

Bersama sama kita doakan yang terbaik untuk Hafizh Syahrin. Rata rata warganet dan peminat motoGP dari seluruh dunia berharap mereka yang terlibat tidak cedera teruk terutama sekali Hafizh Syahrin.

Aspar Team kemudian mengemaskini maklumat terbaru Hafizh Syahrin. Di mana menurut mereka pelumba itu sedang dirawat di hospital.

Aspar Team turut mengesahkan Hafizh Syahrin dalam keadaan sedarkan diri.

Semoga baik baik sahaja Hafizh Syahrin dan get well soon.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan