Reece James menyatakan bahawa prestasi hambar Chelsea musim lepas berlaku apabila beberapa pemain sudah tidak ada hati bermain untuk Chelsea.
Ada beberapa pemain yang mahu keluar dari kelab itu membuatkan mereka sudah tidak kuasa lagi untuk komited demi Chelsea.
Pada musim lalu Chelsea menamatkan saingan di tangga ke-12. Terburuk dan tidak pernah berlaku pada era Roman Abramovic.
Reece James mengakui musim lepas adalah paling sukar yang pernah dia lalui di Chelsea.
Ini diburukkan lagi dengan sikap beberapa pemain yang sudah tidak mahu berada di Chelsea. Kerana ada yang kecewa dengan kurang peluang bermain.
Chelsea banyak kehilangan pemain dalam beberapa musim ini kerana pemain tidak melanjutkan kontrak dan pelbagai alasan lain.
Reece James berkata: “Ianya pasti akan menjadi musim yang sukar kerana tidak ada musim yang mudah pun dalam EPL.”
“Musim lepas, kemungkinan yang paling sukar pernah saya lalui. Namun saya rasa sekarang ini kami menuju ke haluan yang tepat.”
“Ianya sangat sukar musim lepas. Kerana ada banyak perubahan.
“Ada beberapa pemain, seperti mereka tak nak berada di Chelsea kerana mereka tidak dapat peluang bermain dan perkara seperti itu. Jadi ianya sukar.”
“Namun sekarang kita membuka lembaran baharu. Dan saya sudah tak sabar sabar untuk musim ini.”
🗣"Some players didn't want to be at #Chelsea last season."
– Reece James speaks on the struggles of last season and believes that the club is now moving in the right direction. pic.twitter.com/e03jKbPeHZ
— Talk Chelsea (@talkchelsea) July 26, 2023
Adakah Chelsea akan mampu kembali bersaing untuk merebut kejuaraan EPL di bawah kendalian pengurus baharu Mauricio Pochettino?