Reece James Jawab Peminat Arsenal: “Saya Kata Tak!”

Sudah banyak berlaku perpindahan pemain dari Chelsea ke Arsenal dan sebaliknya.

Terbaru Kai Havertz menyertai Jorginho menyertai Arsenal. Jojo menyertai Arsenal pertengahan musim lalu. Manakala Havertz menyertai The Gunners pada jendela perpindahan kali ini.

Havertz mendesak Chelsea untuk menerima tawaran Arsenal. Kerana pemain itu benar benar berminat menyertai Mikel Arteta di Arsenal.

Kini peminat Arsenal mengimpikan Reece James untuk datang ke Arsenal. Mereka merasakan sudah tiba masanya Arsenal pula mendapatkan bintang bintang Chelsea kerana pasukan mereka bermain di UCL dan Chelsea pula tak!

Dengan menyatakan, siapa je penyokong Arsenal yang tak setuju dengan idea membawa Reece James ke Arsenal.

Pemain itu segera membalas: “Saya yang kata tak!”

Peminat Chelsea rata rata menganggap jawapan James itu sebagai WIN atau W!

Namun peminat Arsenal yang lain menyatakan James tak perlu melebih sangat kerana mereka sudah memiliki 3 pemain bek tengah lebih baik daripada James.

Reece James telah membangun daripada akademi Chelsea dan mengukuhkan namanya sebagai pemain utama Chelsea.

Dia juga merupakan pemain yang sudah memiliki beberapa kaps untuk England.

Dikenali dengan gaya permainannya yang ofensif, Reece James turut memiliki kepantasan dan berkualiti sebagai bek sisi.

Mungkinkah James akan terus kuat prinsipnya menyatakan tidak kepada seteru perit mereka itu. Kerana telah terjadi ramai bintang dari kedua dua kelab yang mempersetankan perseteruan tradisi dan memilih untuk menyertai seteru mereka.