Reguilon Dihantar Pulang Mengejut Ke Spurs, Peminat United Sedih Dengan Berita Ini

Manchester United memutuskan untuk memulangkan Sergio Reguilon lebih awal. Di mana pemain itu akan dipulangkan ke Spurs dengan serta merta pada awal Januari.

Pemain berusia 27 tahun itu merupakan pemain yang ditandatangani untuk mengisi tempat Luke Shaw, setelah pemain itu cedera.

Namun selepas beberapa bulan di United pemain itu hanya membuat 12 penampilan sahaja di United. Daripada angka itu hanya 7 kali dia bermula sebagai pemain kesebelasan utama.

Erik Ten Hag tidak berminat untuk menggunakan pemain itu lebih lama apatah lagi membelinya secara tetap.

Oleh itu, Manchester United telah mengaktifkan klausa penamatan pinjaman secara mengejut. Ianya hasil daripada persetujuan bersama antara United dan Reguilon.

Di mana Erik Ten Hag tidak memberikan jaminan akan memberikan lebih minit permainan untuk pemain itu. Dan pemain itu pula mahukan lebih masa bermain.

Reguilon mendapat pujian ketika di United dalam beberapa aksinya. Terutama sekali peminat United menganggap dia antara pemain yang sentiasa menunjukkan kesungguhan untuk mempertahankan lencana di dadanya setiap kali beraksi.

UnitedXtra merumuskan Reguilon sebagai pemain yang sentiasa memberikan 100% untuk United.

Ramai juga menyatakan bahawa ini berita yang buruk untuk mereka terima ketika pasukan sedang bergelut dengan prestasi.

Reguilon merupakan antara pemain yang dianggap berbakat besar. Terutama sekali dia merupakan bekas pemain Real Madrid.

Dia ditandagani Spurs pada 2020. Dan masih tidak pernah beraksi untuk Spurs sejak 2021/22.

Musim lalu dia bermain di Atletico sebagai pemain pinjaman. Musim ini bersama dengan Manchester United juga sebagai pemain pinjaman.

Reguilon dijangka akan terus menikmati satu lagi tempoh pinjaman selepas ini. Dengan Borussia Dortmund sudah memulakan rundingan mahu meminjam pemain itu.