Rekod Buruk Vietnam Bila Perlawanan Ada VAR

Asean Football mendedahkan satu statistik luar biasa melibatkan pasukan Vietnam apabila mereka bermain dalam perlawanan yang ada VAR.

Vietnam sejak akhir akhir ini dikaitkan dengan gaya bola sepak dark art ataupun seni jahat di atas padang.

Nama nama seperti Don Van Hau antara pemain yang dianggap licik dan suka mengasari lawan mereka.

Untuk aksi yang ada VAR pula pastinya taktikal dark art ini tidak jalan. Kerana setiap keputusan pengadil melibatkan gol atau insiden berpotensi kad merah akan disemak dengan VAR.

Ternyata rekod mereka sangat teruk! Daripada 14 perlawanan yang Vietnam bermain dalam aksi yang ada VAR, mereka kalah 12 kali, seri sekali dan cuma menang sekali.

Selaku pasukan di ranking top 100 dalam dunia, ianya bukan rekod yang bagus.

Lebih mengejutkan apabila dalam kesemua 14 perlawanan itu, ada 7 penalti yang mereka berikan kepada lawan.

Dalam aksi Piala Asia 2023, Vietnam mencatatkan 4 kad kuning dan dua kad merah daripada 3 perlawanan. Dan mereka kalah dalam semua perlawanan.

Dan kekalahan yang paling menyakitkan pastinya kekalahan di tangan Indonesia. Kerana sebelum temasya bermula Phillipe Troussier menjadikan Indonesia sasaran lubuk 3 mata mereka.

Malah selepas kekalahan di tangan Jepun, pemain Vietnam mendedahkan persiapan mereka menentang Indonesia biasa biasa sahaja dan tiada tekanan. Akhirnya, keyakinan melampau itu memakan diri mereka.

Lantas ada peminat yang meminta agar Piala AFF selepas ini akan ada VAR digunakan.