Joe Gomez dan Virgil Van Dijk musim lalu menikmati gandingan yang cemerlang ketika bersama.
Namun malang sekali, Gomez mengalami kecederaan serius dan berehat panjang.
Sejak ketiadaan Gomez, Joel Matip merupakan pemain pilihan utama Jurgen Klopp untuk digandingan dengan Virgil Van Dijk.
Joel Matip with a header from the edge of the box – and then he raise the roof! pic.twitter.com/ujFuFY3BMd
— Colin Owens (@colinowens83) February 11, 2020
Matip sangat cemerlang, dan mengukuhkan namanya dalam kesebelasan utama pasukan.
Gomez kembali pada akhir musim. Dan tiada ruang langsung untuk Joe Gomez kembali semula ke kesebelasan utama pada ketika itu.
Gandingan Matip dan VVD memberikan Liverpool kejuaraan UCL dan menamatkan saingan liga dengan rekod bolos yang sedikit, mengutip 97 mata.
Musim ini, awalnya Gomez masih menjadi pilihan kedua selepas Matip. Namun pemain itu cedera.
Bergabung semula
Gomez dikembalikan semula ke posisi bek tengah. Dan beliau tidak mahu melepaskan peluang kali ini untuk mengukuhkan semula namanya sebagai pemain utama dalam kesebelasan utama pasukan.
Pada awal musim, Liverpool berhadapan dengan isu bolos dan payah nak clean sheet. Asyik kena jebol je kerjanya.
Sejak kembali bergandingan semula pada 14 Disember 2019. Mereka berdua – Gomez dan Virgil Van Dijk – sudah bermain 10 kali dalam Liga Perdana Inggeris musim 2019/20.
Dan daripada jumlah itu, Gomez dan Van Dijk mencatatkan 9 clean sheet daripada 10 perlawanan. Jumlah yang sangat cemerlang dan meyakinkan.
Hanya Raul Jimenez yang berjaya skor lawan Liverpool ketika dua pemain ini beraksi di atas padang, dalam tempoh 900 minit terakhir EPL. Jimenez memang tengah on form masa tu, ditambah pula adanya Adama Traore.
Dan musim ini – dalam semua pertandingan – mereka berdua sudah bergandingan dalam kesebelasan utama 19 kali. Merekodkan 17 kemenangan, 13 clean sheets dan hanya bocor enam kali.
When Van Dijk and Gomez start together:
Played 19
Won 17
Clean Sheets 13
Conceded 6Unreal pic.twitter.com/IHMk1CpsDx
— The Anfield Wrap (@TheAnfieldWrap) February 10, 2020
Kekentalan gandingan pertahan tengah Liverpool, Joe Gomez dan Virgil Van Dijk ini membolehkan Liverpool menjadi pasukan paling sedikit bolos dalam EPL selepas 26 perlawanan setakat ini.
Hanya 15 sahaja bolos pada musim ini setakat ini.
Gandingan mantap VVD – Gomez ini mengukuhkan back 4 dan juga berkawal di hadapan penjaga gol terbaik dunia Alisson.
Orang kata, serangan yang power memberikan kamu kemenangan, pertahanan kental memberikan kamu piala.
Virgil Van Dijk seorang yang sangat vokal. Kerap juga si Gomez ni kena jerkah dengan dia kalau tak betul.
Gomez seorang yang bertuah dapat belajar daripada pemain seperti Van Dijk yang merupakan bek tengah terbaik di dunia ketika ini.
#LFC CB duo Van Dijk and Gomez have been exceptional in the last 10 games. Only conceding 1 goal that's almost 1000 minutes of football 🏴🇳🇱
And people were concerned about Gomez at the beginning of the season 🙄 pic.twitter.com/oIecFgcrVm— Outta City Kop (@OuttaCityKop) February 16, 2020
Hampir semua pemain bek tengah apabila bermain di samping VVD akan meningkat kualiti mereka termasuk Matip dan Lovren. Henderson pun pernah main CB tau.
Liverpool kini 25 mata di atas Manchester City di puncak liga. Dalam landasan terbaik untuk menamatkan kemarau kering kontang tanpa EPL 30 tahun.
Semoga gandingan Joe Gomes dan Virgil Van Dijk terus cemerlang.