Remaja 16 Tahun Mati Kerana Main PUBG Beberapa Hari Tanpa Henti

Terdapat satu kerisauan ke atas ketagihan para Gamers pada hari ini terutama sekali di kalangan remaja.

Gizmodo melaporkan seorang remaja berusia 16 tahun di India telah meninggal dunia kerana bermain game tapa henti untuk beberapa hari.

Remaja itu bermain PUBG yang membuatkan nyawanya melayang kerana mengabaikan kesihatannya.

Remaja tersebut dilaporkan l tidak makan dan tidak minum kerana terlalu khusyuk dengan PUBG.

Dan akhirnya dia mati dengan sebab yang mengejutkan yang berpunca daripada ketagihannya bermain game.

India TV melaporkan bahawa remaja itu berasal dari Andhra Pradesh itu sangat ketagih dengan PUBG.

Dan dia memutuskan untuk bermain PUBG untuk non stop dalam beberapa hari tanpa keluar daripada biliknya.

Bukan itu sahaja, dia langsung tak makan dan tak minum ketika bermain game tanpa henti. Akhirnya dia mulai sakit.

Keluarganya yang melihat keadaannya yang lemah terus menghantarnya ke hospital swasta di bandar Eluru. Mereka mulai panik melihat keadaan remaja itu yang tidak bermaya dan kelihatan kritikal.

Doktor awalnya mengesahkan bahawa remaja itu dehidrasi kerana tak minum air.

Oleh kerana remaja itu turut mengalami cirit birit yang kronik yang memerlukannya untuk dibedah.

Malang sekali selepas pembedahan itu dia meninggal dunia.

PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) adalah permainan dengan genre battle royale, di mana pemain boleh bermain dengan 100 orang dalam talian sekaligus.

Dalam permainan ini, pemain dapat bermain secara solo, pasukan 2 orang, dan pasukan 4 orang, dan dapat mengajak rakan untuk bergabung dalam permainan ini sebagai satu pasukan.

Ianya salah sebuah permainan yang memberikan ketagihan yang sangat kuat di kalangan remaja pada ketika ini.

Pada 2018, Game Quitter menyenaraikan 9 game yang paling ramai ketagihan ketika ini:

1. Fortnite
2. League of Legends
3. PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG)
4. World of Warcraft
5. Minecraft
6. The Elder Scrolls V: Skyrim
7. Clash of Clans
8. Path of Exile
9. PokemonGO

Ini bukan kes pertama kematian kerana PUBG di India.

Kes kematian pertama tahun ini akibat ketagihan berkaitan PUBG direkodkan di India
melibatkan seorang lelaki berusia 25 tahun bernama Harshal Memane.

Dia meninggal dunia selepas mengalami strok otak kerana bermaian permainan mudah alih PUBG tanpa henti.

Lelaki yang tinggal di Pune itu tiba tiba memberitahu keluarganya bahawa dia tidak dapat menggerakkan tangan dan kaki kanannya semasa bermain PUBG.

Dia kemudian dikejarkan ke hospital berdekatan dan didiagnosis menderita pendarahan intraserebral.

Tidak lama kemudian terus meninggal dunia.

Kepada korang yang bermain game tu, jaga kesihatan tu ye. Anggap game tu untuk fun. Yang pro gamer pun ada jadual diorang.

Paling penting jaga makan minum dan juga tidur tu. Sekarang ni banyak kes orang sakit dan mati sebab terlalu lama bermain game.

Baca yang lain