Remaja Ini Bakar RM26K Beli Monitor Resolusi 5120×1440 Untuk Main FIFA Supaya Boleh Tengok Seluruh Padang

Seorang gamer remaja yang terlalu obses dengan FIFA telah meningkatkan lagi pengalaman permainan beliau ke atas permainan keluaran EA Sports itu.

Remaja berusia 19 tahun yang merupakan pelajar aliran Sains Komputer dari Seattle Washington, membuatkan komuniti permainan FIFA di seluruh dunia kagum sebaik sahaja dia memuat naik monitor dengan aspect ratio 32:9 dengan resolusi 5120×1440 bersaiz 49 inci.

Remaja yang dipanggil Gatsbuu itu membelanjakan $1,500 untuk membeli monitor Samsung Odyssey G9 sahaja dan menunjukkan detik dia bermain di Turf Moor. Monitor tersebut besaiz 49 inci.

Set up tebarunya itu membolehkan remaja berkenaan melihat keseluruhan padang dalam peraminan FIFA. Gatsbuu menyatakan ianya benar benar membantunya dalam aspek permainan.

Bercakap kepada SPORTbible,Gatsbuu mengakui harga monitor tersebut sangat mahal. Namun dia berpuas hati kerana memiliki skrin ultra lebar.

“Saya suka dengan idea untuk memiliki monitor dengan skrin ultra lebar atas banyak sebab.”

“Paling utama, sudah tentunya atas tujuan produktiviti. Saya pelajar Sains Komputer, memiliki skrin tambahan merupakan sesuatu yang sangat berguna untuk coding dan multitasking.”

“Saya juga suka bermain game dan berfikir bahawa, ianya tentu seronok bermain beberapa permainan seperti FIFA dan Call Of Duty pada skrin ultra lebar.”

“Terutama sekali FIFA. Sangat seronok bermain FIFA pada skrin dengan aspect ratio sebegini, dengan melihat keseluruhan padang ketika bermain.”

“Ianya terbukti sangat berguna untuk bermain hantaran panjang di mana lawan saya tidak menjangkakan kedudukan pemain dan bola.”

“Ia juga berguna ketika bertahan kerana saya jenis orang yang sentiasa mahu tahu di mana kedudukan para pertahanan saya.”

Gastbuu berkongsi informasi tentang set up beliau. Menurutnya, kad grafik digunakan adalah Nvidia RTX 2080ti graphics card; CUP i9 9900k, 32 Gigabytes of DDR4 RAM dan 2 terabytes storan SSD.

Untuk menambahkan lagi pengalaman, Gastbuu menggunakan sistem audio dengan 2 Klipsch R-51PM tweeters bersama dengan satu unit Klipsch R-120SW subwoofer, di bawah komputernya.

“Saya juga menggunakan Logitech G Pro Keyboard dan Logitech G502 light speed mouse.”

Gastbuu menyatakan bahawa kesemua set up itu bernilai $6,500.

“Jujurnya saya tak bagus mana pun main FIFA. Namun dengan monitor selebar ini, ianya membantu saya.”

“Skuad saya terdiri daripada ‘pemecah rekod’ Kylian Mbappe di serangan bersama dengan Neymar dan POTM Son. Di bahagian tengah, saya mempunyai ikon tengah Eric Cantona, RTTF Moussa Sissoko dan N’Golo Kante. Pertahanan saya ada Ferland Mendy, Raphael Varane, Virgil van Dijk, Kyle Walker dan juga Alisson di hadapan gol. ”

“Walaupun persediaan dan pasukan yang gila, saya hanya menduduki tempat Div 5 dalam saingan divisyen. Tetapi saya cukup baru dalam permainan ini dan telah meningkat dalam beberapa peringkat.”

Gatsbuu terpanggil untuk berkongsi set up beliau bagi memberitahu gamer yang sepertinya, bahawa aspek monitor dan sistem komputer boleh membantu dalam meningkatkan mutu permainan.

Sumber: SPORTbible

Baca yang lain