Remaja Trauma Dan Buntu Dipatuk Ular Yang Sama 8 Kali Dalam Sebulan

Dalam kejadian yang pelik di India, seorang remaja lelaki telah mendakwa bahawa seekor ular berbisa telah mematuknya sebanyak lapan kali dalam masa satu bulan.

Dan yang lebih ajaib, budak tu masih hidup walaupun sudah dipatuk sebanyak itu.

Tidak pasti apa yang sebenarnya berlaku di sini.

Kejadian itu dilaporkan dari kampung Rampur di daerah Basti, Uttar Pradesh.

Remaja lelaki berusia 17 tahun bernama Yashraj Mishra telah beberapa kali dimasukkan ke hospital. Serangan terakhir oleh reptilia itu kira-kira seminggu yang lalu.

Keluarga buntu

Keluarga kanak-kanak itu juga telah meminta pertolongan dari penjejak ular di kampung.

“Setelah anak saya digigit buat kali ketiga oleh ular itu, saya menghantarnya ke tempat abang saya Ramji Shukla di kampung Bahadurpur. ”

“Beberapa hari kemudian, anak saya melihat ular yang sama di dekat rumah dan dia dipatuk lagi. Yashraj dimasukkan ke hospital dan dirawat, “kata ayah Yashraj, Chandramauli Mishra.

Keluarga tersebut mengatakan bahawa kejadian terakhir berlaku pada 25 Ogos. Mereka menambah bahawa mereka telah membawa anak itu ke doktor kampung untuk mendapatkan rawatan dan juga menggunakan perubatan tradisional.

Malah mereka turut membuat upacara puja serta memohon keampunan daripada ular itu, jika ada perkara yang membuatkan ular itu marah sangat.

“Kami tidak dapat memahami mengapa ular ini mensasarkan Yashraj. Anak itu sekarang mengalami gangguan mental dan hidup dalam ketakutan yang berterusan terhadap ular itu.”

“Kami telah melakukan upacara ‘puja’ beberapa kali dan bahkan telah memanggil penjejak ular untuk menangkap ular itu, tetapi semuanya telah terbukti sia-sia,” kata ayahnya.

India memang negara yang banyak sekali kes patukan ular. Ini kerana reptilia berbisa itu masih lagi banyak terdapat di sana.

Kes berkaitan: Lovekesh dimasuki ular

Bulan lalu, ada brader ni sampai berpaut pada tiang selama 7 jam kerana ular masuk dalam seluarnya.

Lelaki bernama Lovekesh Kumar (sedap nama dia), berpaut pada tiang dan hanya mampu berserah. Tidak pasti sama ada hidupnya pada hari itu akan berakhir tragedi atau sebagainya.

Menurut laporan Times Now, kejadian itu berlaku di perkampungan Sikandarpur di kawasan Uttar Pradesh.

Lovekesh Kumar hanyalah seorang pemuda yang bekerja sebagai juruelektrik, didatangi makhluk yang berbisa itu.

Pada hari itu dia bekerja di kampungnya untuk memasang elektrik di kampungnya. Selepas penat bekerja, dia pun berehat dan tidur sebaik sahaja habis makan malam.

Ketika sedang syok tidur, jurulektrik yang berdedikasi itu amat terkejut, mengetahui ada ‘dua ular’ di dalam seluarnya.

Dia dimasuki oleh ular berbisa di dalam seluarnya. Dipercayai sudah masuk ke dalam seluarnya sejak tengah malam lagi dan sedap je ular tu tidur di dalam seluar Lovekesh.

Ketika dia sedar, waktu dinihari, dia pun terus bangkit dan berpaut pada tiang.

Lovekesh cuba sedaya upaya untuk tidak bergerak banyak bagi mengelakkan dirinya dipatuk ular itu.

Menurut laporan, Lovekesh berdiri berpaut pada tiang itu selama 7 jam. Dia buntu dan menunggu bantuan pakar penangkap ular pada pagi itu.

Video detik cemas penangkap ular mengeluarkan ular berbisa itu dari seluar Lovekesh dikongsi di media sosial dan viral.

Dalam video tersebut, Lovekesh hanya menyerahkan nasib dirinya kepada penangkap ular itu. Lalu penangkap ular itu pun menggunakan kepakarannya untuk memastikan ular itu dapat dikeluarkan. Ini termasuk membuka seluar jeans Lovekesh.

Akhirnya ular itu berjaya dikeluarkan. Lega kan. Aku tau kau senyum baca artikel ni. Jahat tau!

Tak apa, sebab Lovekesh dah selamat. Tiada apa yang berlaku. Anggap je senyuman tu senyuman lega Lovekesh selamat kan?

Lovekesh tidak mengalami sebarang kecederaan ataupun patukan. Apa yang pasti Lovekesh pasti akan trauma kerana kejadian itu.

Tapi bukan semua orang boleh kena kacau dengan ular ni. Beberapa bulan lalu tular juga video seorang nenek yang mengheret ular tedung berbisa sambil membebel kepada ular itu yang tak mendengar cakap.

Nenek seret ular sambil membebel

Nenek itu dikatakan sudah menghalau ular itu kerana takut dia diapa-apakan orang di situ. Kera ada banyak kes ular kena pukul sampai mati.

Ular itu tidak berganjak, lalu nenek itu pun menangkap ekornya sambil membebel dan membalingnya ke dalam semak.

Orang di situ yang seram semua tak berani nak berada berdekatan. Selepas tiba dekat dengan semak, nenek itu membaling ular itu ke sana.

Pengguna Twitter Susanta Nanda yang merupakan pegawai dari IFS ( Indian Forest Service) telah memuat naik video dengan kapsyen: “Nek, itu bukan caranya mengendalikan cobra.” Sambil letak emoji terkedu.

Ini kerana biasanya pasukan pakar pun menggunakan peralatan lengkap dan juga sedia dengan penawar. Sepatutnya nenek itu menghubungi organisasi yang bertanggungjawab.

Nenek yang kegeraman telah menarik ekor ular itu dan menyeretnya hampir 100 meter.

Mereka berkata: “Walaupun cara nenek tu agak kasar dan tak bagus, namun ramai yang lebih kejam dengan memukul dan membaling ular ke dalam api. Nenek telah melakukan yang terbaik untuk ular itu.”

Seorang lagi pengguna media sosial berkata: “Nenek tu lebih tahu apa dia buat. Kenapa kamu memperlekehkan cara dia? Hanya kerana dia tak menggunakan cara pegawai hidupan liar ataupun cara daripada pendidikan moden.”

Mereka juga menyatakan di India memang ada segelintir individu yang memiliki kemahiran mengendalikan ular. Misalnya brader bawah ni, siap mandikan ular tedung tanpa rasa takut.