‘Remontada InsyaAllah’ Kata CR7

Cristiano Ronaldo dengan spontan menyebut ‘remontada InsyaAllah,” ketika ditanya tentang peluang Al Nassr dalam aksi Liga Juara Juara Asia musim ini.

Al Nassr akan berdepan Al Ain dalam aksi kedua suku Akhir ACL 2023/24. Di mana Al Nassr ketinggalan secara agregat 0-1 daripada perlawanan pertama.

Kini Al Nassr harus melakukan kebangkitan pada aksi kedua. Dengan Ronaldo memberitahu wartawan ‘remontada insyaAllah’.

Remontada merujuk kepada comeback. Dan ianya perkataan yang sangat popular di Sepanyol terutamanya.

CR7 sedia mengetuai remontada Al Nassr dalam perlawanan ini dengan dia dalam kondisi terbaik.

Detik Ronaldo menyebut remontada InsyaAllah itu menarik perhatian netizen. Dan video itu menjadi viral.

Al Nassr pada Jumaat lalu tewas mengejut 1-3 di tangan Al Raeed dalam saingan Liga Pro Saudi.

Kekalahan itu membuatkan Al Nassr sudah semakin mustahil untuk menggapai kejuaraan liga pada musim ini.

Pendahulu Liga Pro Saudi Al Hilal kini 12 mata di atas Al Nassr yang menduduki tangga kedua selepas 23 perlawanan.

Pada usianya yang sudah hampir 40 tahun, CR7 masih bermain sebagai pemain utama di kelab dan pasukan kebangsaan negaranya.

Kelab kelab Saudi memiliki peluang cerah untuk menjulang ACL musim ini. Dengan 3 kelab mereka berada di pusingan suku akhir.

Satu tempat separuh akhir sudah terjamin menjadi milik Liga Saudi kerana satu aksi suku akhir menemukan 2 pasukan big 4 mereka iaitu Al Ittihad dan Al Hilal.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang