Renan Lodi Pemain Ke-18 Ditandatangani Nottingham Forest Yang Sudah Berbelanja Lebih £142 Juta

Pertahanan Atletico Madrid, Teman Lodi akan menyertai secara pinjaman untuk musim ini, dengan Steve Cooper juga mengintai beberapa pemain baharu lagi untuk baki 3 hari lagi jendela perpindahan musim panas.

Renan Lodi akan menjadi pemain yang ke-18 ditandatangani oleh Nottingham Forest musim panas kali ini. Lodi akan memberikan persaingan untuk Harry Toffolo dan Jack Colback yang serba boleh,

Nottingham Forest bersedia untuk mengumumkan penandatanganan ke-18 musim panas yang sibuk dengan kejayaan mendapat pemain berprofil tinggi Renan Lodi, pertahanan Atletico Madrid.

Lodi akan menjadi tambahan terbaru dalam skuad Steve Cooper selepas lulus ujian medikal yang dilaporkan diadakan Sabtu.

Pemain pertahanan kiri Brazil itu menjaringkan gol kemenangan menentang Manchester United dalam Liga Juara-Juara musim lalu dan menyertai Forest ketika Cooper mahu menambahkan lagi kedalaman skuad dalam posisi itu selepas kecederaan yang dialami oleh Omar Ricahrs pada pra-musim, pemain yang ditandatangani £8.5m dari Bayern Munich.

Forest masih berusah membawa masuk dua atau tiga pemain baharu sebelum tarikh akhir Khamis ini kerana Cooper merasakan bahawa ianya satu keperluan untuk mendapatkan ramai pemain bagi bersaing dengan kelab EPL yang lain selepas mereka naik pangkat.

Dia mengutamakan saiz skuad yang besar untuk bersaing. Beliau percaya formula tersebut sangat penting dalam usaha mereka terus kekal di EPL.

Menjelang perlawanan di tempat sendiri menentang Tottenham Ahad ini, Cooper berkata: “Kami berada dalam liga paling sukar di dunia dan kami sudah merasakannya.”

“Selepas beberapa perlawanan pertama adalah lebih penting untuk menyedari bahawa kami perlu memberikan diri kami peluang terbaik untuk bersaing setiap minggu.”

“Untuk melakukan itu, anda memerlukan pasukan yang bagus dan skuad besar, tidak ada keraguan tentang itu.”

“Kami mahu dapat bersaing dan jika saya jujur, saya mahu kami menandatangani lebih ramai pemain sebelum jendela perpindahan ditutup.”

Skuad Cooper yang dirombak besar besaran ataupun boleh disebut dirombak secara total, akan mendapat ujian terbesar apabila Spurs melawat City Ground.

Antonio Conte telah mengubah kelab London itu sejak mengambil alih musim lalu dan mereka akan mengintai cabaran kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada kempen ini.

Cooper berkata: “Ia adalah satu cabaran yang besar, tidak ada keraguan tentang itu. Jurulatih yang mereka ada, pemain yang mereka ada, mereka adalah lawan yang sangat berbahaya dalam beberapa cara, sama ada dengan adanya bola dan tanpa bola.”

“Tetapi inilah sebabnya kami mahu masuk ke Liga Perdana, inilah sebab kami mahu menjadi sebahagian daripadanya, untuk bermain perlawanan ini. Kami tidak mempunyai ilusi bahawa ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar, tetapi kami tidak takut, kami akan mencubanya.”

“Ia di tempat sendiri dan kami mahu menjadikan City Ground tempat yang sangat sukar untuk bermain dan itu tidak akan berbeza.”

Setakat 20 Ogos lalu, Forest sudah berbelanja sekitar GBP141.9 juta dengan perbelanjaan bersih adalah GBP137.1 juta. Dengan kehadiran Lodi sudah pastinya perbelanjaan kasar mereka sudah lebih GBP142 juta.

Pastinya Forest harus kekal dalam EPL untuk musim hadapan. Ini kerana, jika mereka gagal kekal ianya akan memberikan impak sangat besar kepada kewangan mereka. Dan akan memaksa mereka panik melepaskan pemain pada harga lelong.

 

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.