Renato Sanches Terpinga Pinga Dikeluarkan Mourinho Hanya Selepas 18 Minit Dia Dimasukkan

Renato Sanches kecewa dengan tindakan Jose Mourinho yang mengeluarkannya semula hanya selepas 18 minit dia dimasukkan dari bangku simpanan.

AS Roma kalah 2-0 di tangan Bologna dalam aksi Serie A. Membuatkan mereka kini berada di luar 4 teratas. Ianya kekalahan kesembilan Roma musim ini.

Renato Sanchez dimasukkan pada awal separuh masa kedua. Tidak lama selepas itu Bologna menambah gol kedua mereka hasil jaringan sendiri Rasmus Kristensen.

18 minit selepas dimasukkan, Sanchez terpinga pinga melihat nombor jersinya di papan isyarat pertukaran pemain. Dia mahukan kepastian sama ada dia benar benar dikeluarka? Dan ya, Mourinho memasukkan Bove untuk menggantikan pemain Portugal itu.

Mourinho kelihatan tidak gembira dengan prestasi pemain itu di atas padang. Dan terpaksa mengeluarkannya walaupun dianggap satu pembaziran kuota pemain simpanan.

Sanches jelas tidak gembira malah tidak berpaling langsung ke arah Mourinho ketika berjalan menuju ke bangku simpanan. Pemain itu masih dalam tempoh pinjaman dari PSG.

Mourinho mengesahkan bahawa ianya dilakukan atas sebab taktikal. Pemain itu langsung tidak cedera. Dan dia meminta maaf kepada Sanches jika pemain itu terkejut dikeluarkan semula selepas dimasukkan.

Menurut The Special One, dalam kariernya, dia selalu melakukan pertukaran seperti itu. Mourinho berkata: “Saya nak minta maaf kepada Renato Sanches. Menukarkan dia hanya selepas 18 minit dia dimasukkan. Ianya keputusan sukar diterima pemain dan juga sukar untuk pengurus.”

“Saya melakukan perkara seperti ini dalam 3 ke 4 kali dalam karier pengurusan saya. Saya minta maaf kepada Renato.”