Renato Sanches Tunjuk Jari Tengah Kepada Penyokong Marseille

Pemain tengah Lille, Renato Sanches telah menunjukkan jari tengahnya kepada penyokong Marseille selepas digantikan pada saat-saat akhir dalam perlawanan Ligue 1.

Tindakan itu sangat kontroversi lebih lebih lagi dia melakukannya di Marseille yang dikenali dengan beberapa insiden penyokong yang ganas sebelum ini.

Perlawanan di antara Lille dan Marseille berlangsung di Stade Velodrom dalam keadaan yang sangat sengit.

Pasukan bimbingan Jocelyn Gourvennec terlebih dahulu berada di depan menerusi pemain yang dikaitkan dengan Newcastle iaitu Sven Botman. Pemain bek tengah Belanda itu menjadi sasaran utama Newcastle ketika ini selepas mendapatkan Kieran Trippier dan Chris Wood.

Namun Lille masih cuba berkeras untuk tidak mahu melepaskan pemain itu.

Botman menanduk hantaran daripada sepakan penjuru oleh Renato Sanches.

Lille kemudian dikurangkan kepada 10 pemain selepas Benjamin Andre dilayangkan kad merah. Pada minit ke-75, Cengiz Under berjaya menyamakan kedudukan untuk pasukan tuan rumah.

Beraksi dengan kelebihan seorang pemain, Marseille menguasai 78% perlawanan secara keseluruhan dengan melakukan 22 percubaan ke arah lawan mereka.

Statistik itu sudah cukup untuk membuatkan Lille merasakan bahawa 1 mata adalah perkara yang terbaik untuk mereka dalam situasi tersebut.

Selepas bermain perlawanan sengit itu selama lebih sejam dengan sepuluh orang pemain, maka Lille terdesak untuk memastikan bahawa mereka tidak kehilangan 1 mata dari Stade Velodrom. Lille mahu bertahan dengan lebih kompak.

Lalu pengurus memutuskan untuk mengeluarkan Renato Sanches yang menjadi pemain kunci mereka.

Renato Sanches cuba sedaya upaya untuk melengahkan masa dengan berjalan sambil melenggang perlahan lahan ke bangku simpanan apabila dia digantikan pada masa kecederaan.

Tindakannya itu membuatkan penyokong Marseille bengang dan memaki hamun pemain antarabangsa Portugal itu.

Sanches telah memberikan reaksi dengan mengacungkan jari tengah ke arah penyokong Marseille. Tindakan itu membuatkan penyokong Marseille lebih marah dan lebih banyak kata kata makian dan kejian ditujukan kepada pemain itu.

Perlawanan berakhir 1-1. Keputusan ini menyaksikan Marseille terus berada di 4 teratas. Sementara itu, juara bertahan, Lille pula terus bergelut di kelompok pertengahan liga.

Sanches sedia tinggalkan Lille

Renato Sanches menghidupkan kembali kariernya di Lille selepas malap ketika bersama dengan Bayern. Sanches sudah menegaskan bahawa beliau terbuka untuk menyertai kelab besar sekali lagi selepas ini.

Sanches merupakan pemain playmaker yang sangat kreatif dan lincah. B

Sanches secara terbuka menyatakan bahawa sebelum ini Lille sudah memberikan lampu hijau untuk melepaskannya ke kelab lain yang lebih besar.

Sanches malah tanpa berselindung menyatakan bahawa beliau hampir menyertai Barcelona dalam jendela perpindahan yang lalu.

Malangnya pemain itu mengalami kecederaan. Kini Sanches memberikan bayangan bahawa beliau sedang memikirkan untuk menyertai AC Milan.

Sanches mengakui beliau banyak membaca tentang khabar angin perpindahan. Namun beliau tidak menafikan bahawa ada rumors tersebut adalah tepat.

“Siapa yang berminat dengan saya? Mungkin Milan dan Arsenal berminat, tetapi saya tidak tahu,” katanya kepada L’Equipe.

“Saya bercakap dengan ejen saya, saya tahu kelab mana yang meghubungi saya dan kelab mana yang tidak, tetapi sekarang saya tidak tahu. Tetapi saya tahu saya sudah bersedia. Jika itu berlaku, saya akan lihat apa yang terbaik untuk saya.”

“Milan? Ia kelab yang hebat, kelab bersejarah. Ia berkelas dunia. Saya sukakannya. Saya sepatutnya pergi ke Barcelona pada musim panas, kemudian kecederaan saya merosakkan segala-galanya. Berlepas pada Januari? Saya tahu saya sudah bersedia. Jika ada tawaran masuklah.”

Baca yang lain